Assalam...berapa bulan dah aku tak update blog ney...dah bersarang dah blog ney...bukan takat bersarang beranak pinak maybe la kot!huhu...bukan apa...nak kata busy tak jugak...disebabkan ketandusan idea tak tahu nak tulis apa maka tidak lah wujud posting terbaru...huhu...Aku rajin ary ney pon sebab ni pengalaman yang agak manis jugak la bagi aku kan? :D almaklum first time pergi kampung orang asli ney...hehe....nanti dah tua-tua boleh la aku baca blog aku ney kan?untuk ingatan.,,,(kalau xnyanyuk la ) :P ....hmm pada 12/04/2012 aku dan kawan serta pensyarah dan staf ada la pergi ke kampung orang asli ney...tujuan ke sana adalah untuk mengakaji ekonomi,sosial dan pendidikan orang asli.Hmm...sebelum aku pergi ke perkampungan ni,terbayang lah bagaimana kehidupan orang asli ney...aku terbyangkan diorang rumah kayu,rambut macam kerinting2 sikit dan so on lah kan...tapi bila aku sampai sana...muahahaha...tak seperti apa yang aku byangkan..huhuh..masuk jer...ada rumah baru,,,,rambut kanak2 diorang pulak...ala macam kiter...ala2 beckham gitue (kecuali aku la kan) huhuhu~~~ dan paling tak disangka...ada ASTRO tue..huhuh...memang dasyat lah...rumah aku pon xde lah...jgn kata Byond....astro biasa pon xde kot....diorang pakai byond lagik...muahaha....kami tiba dikampung sedohok pada jam 03.40 petang kami bertolak pada jam 11.00 pagi.Sepatutunya di asrama Sek ren kg sedohok menjadi penginapan kami...tetapi disebabkan oleh masalah air,kami terpaksa mencari penginapan yang baru.Alhamdullilah kami diberi rumah Cgu Sanib untuk menjadi tempat penginapan kami (bagi lelaki) manakala yang perempuan pula.........errrr aku lupa tapi sejenis office la jadi peginapan dalam tue..huhu..Aktiviti pertama kami bermula pada jam 09.00 malam(agak-agak la,aktiviti yang dijalankan adalah briefing sedikit sebanyak tentang perkampungan orang asli dan apa yang seharusnya dilakukan di kampung - kampung tersebut (9 buah kampung).Setelah habis briefing kami dipecahkan kepada tiga kumpulan yakni terdiri daripada kumpulan ekonomi,sosial dan politik.Tugas kami adalah untuk mengkaji tentang ekonomi,sosial dan politik orang asli.Memandangkan penginapan perempuan jauh daripada penginpan lelaki kami tamatkan perbincangan kami pada jam 12.00 malam.Esok harinya,kami dibahagikan dua kumpulan,1 kumpulan terdiri daripada ahli kumpulan ekonomi(1 orang),politik(2 orang) dan sosial(2 orang)...kumpulan pertama bergerak ke kg peruh menemui tok batin ogy yang berusia sekitar 90 tahun (tetapi nmpak masih muda).Disini kami bertanyakan kepada tok batin tersebut tentang sistem pendidikan,pekerjaan dan adat orang asli.Apa yang kami dapat disini,kg peruh terdiri daripada 23 buah rumah yang mempunyai penduduk seramai 300 orang dan 1 buah rumah mempunyai lebih kurang 3 keluarga di dalamnya.Apa yang membangakan kami disini ialah ada seorang pelajar dari kg peruh yakni kampung orang asli sedang menuntut di kedah dan apabila beliau pulang ke kg halaman beliau,beliau akan memberikan sedikit motivasi kepada anak-anak kampung.Makna kata kesedaran terhadap pendidikan di kampung ini telah meningkat.Mereka yang bersekolah di darjah 1 hingga darjah 6 akan tinggal di asrama manakala apabila mereka beranjak ke tingkatan 1 hingga 5 mereka akan menggunakan van untuk berulangg alik.Mereka pula tidak mengalami masalah sosial yang ketara seperti kita.Seperti pembungan bayi,rogol dan sebagainya....Jika ada antara mereka yang berkelahi,tok batin ogy akan menyuruh mereka meniggalkan kampng tersebut,bagi saya sendiri....tok batin ogy adalah orang yang aktif serta berfikiran matang terhadap sesuatu perkara.
Sekitar Kg Peroh
|
SESI TEMUBUAL TOK BATIN OGY |
|
TOK BATIN OGY DAN STAFF UTHM |
|
SURAU KG PEROH |
|
RUMAH TOK BATIN OGY |
|
BERGAMBAR BERSAMA TOK BATIN OGY |
|
TADIKA KEMAS KG PEROH |
|
MURID TADIKA KEMA KG PEROH...cute x? :D |
|
RUMAH ORG ASLI DI KG PEROH |
|
TELAGA YG DIGUNAKAN UNTUK PAM AIR
|
Setelah selesai menemubual tok batin ogy kami bergerak pula ke kg yg kedua iaitu kg Punjut.Disini kami menemui Tok Batin di kg tersebut....apa yang aku takot kat sini ialah,ada anjing yang berkeliaran...huhuu...aku takot anjing maa...bukann sekor dua ramai giler...huhu....tak pernah anjing duduk belakang aku...huhuh...Menurut Tok Batin di kg Punjut anggran keluasan tanah disitu ialah 300 lebih ekar dan mempunyai sekitar 300 orang penduduk.Kebanyakan orang-orang disini adalah beragama jakun (Menurut Tok Batin Kg Punjut).Tahap kesedaran terhdap pendidikan di kg ini masih lagi kurang dari kg Peroh.Hal ini kerana jumlah murid yang berada di tadika hanyalah sekitar 12 orang.Tambahan pula apabila mereka telah habis sekolah menengah mereka akan terus berkerja.Makna kata,tiada seorang pon di kg ini yang menuntut di ipt.Ekonomi penduduk di kg peroh ini kebanyakan mereka sara diri.Setersusnya dari segi sosial kg ini pon tidak meengalami masalah sosial yang terlampau,cuma kata tok batin tersebut berkelahi itu adalah perkara biasa dan ada dimana-mana jua...Aku tak tahu apa nama tok batin tue..huhu~~
Sekitar Kg Punjut :
|
RUMAH SEKITAR KG PUNJUT |
|
SESI TEMUBUAL |
|
RUMAH TOK BATIN KG PUNJUT |
|
RUMAH DAN AMPAIAN SEKITAR KG PUNJUT |
|
TAMAN PERMAINAN YG ADA DI KG PUNJUT |
|
RUMAH SEKITAR KG PUNJUT |
|
SESI TEMUBUAL |
|
BERGAMBAR BERSAMA TOK BATIN KG PUNJUT |
|
RUMAH PPRT DI KG PUNJUT |
|
RUMAJ SEKITAR KG PUNJUT |
|
TOK BATIN KG PUNJUT |
Kami berhenti rehat seketika di site camp kami iaitu di kg sedohok,memandangkan kami mussafir jadi kami tidak ke masjid atas sebab masjid jauh dari perkampungan dan tiada kenderaan yang mencukupi untuk mebawa kami semua(lelaki) ke masjid.Van kami juga mengalami masalah tayarnya meletup sewaktu membawa makanan ke sini...agak lapar tak terhingga la kan...hehe...tapi sabar itu separuh daripada iman.
Sekitar Site Camp kami:
Setelah cukup rehat,makan pon sudah kami teruskan perjalanan kami ke kg Air Pasir sekitrar jam 02.30 PM.Kami menemui Tok Batin di kg Air Pasir,kata pembantu kami (org asli di kg sedohok) tok batin di kg Air Pasir ini memang sukar untuk bertemu kerana selalunya dia akan berada di kebun jauh di hutan sana.Nasib kami baik kerana beliau baru sahaja pulang dari kebun.Apabila kami dipelawa masuk ke rumah tok batin tersebut kami masuk dan duduk tok batin menceritakan dengan kata lain..meluah perasaan....kamu mula terlopong dan terdiam panjang apabila tok batin tersebut menggunakan loghat orang asli untuk menerangkan apa yanga ada dalam isi hatinya...ianya memakan masa selama setengah jam membuatkan kami terdiam!huhu...lama tueeee....Alhamdullilah pegwai pengring yang bersama kami mencelah,tetapi apa yang membuatkan kami geli hati adalah apabila ditanya soalan,soalan itu akan dijwab dan disambungya semula cerita tadi...huhuh...letih dengar...layan jerr lerr...dengan pantunnyer lagi tuee...huhu....Apa pon butiran yang kami ingini tetap diperolehi walaupun sedikit.Antaranya ialah sekolah dan tadika kemas tidak ada di kampung ini,jadi mereka menghantar anak-anak mereka di tadika kemas di Kg Punjut menggunakan van *(kalau tak silap).Penduduk di sini sekitar 170 orang lebih (menurut tok batin kg Air Pasir).Kesedaran terhadap pendidikan juga amat berkurang disini kerana tok batin tersebut berkata apaabila anak-anaknya pandai ,anak-anak ini akan tindas ibu bapa mereka (aku rsew ney pendapat peribadi tok batin tersebut).Menurut tok batin itu juga,anak mereka yang telah berkahwin tidak dibenarkan keluar dari rumah,mereka diarah untuk duduk bersama-sama mereka...Mereka tidak dibenar sama sekali untuk berkerja di luar yakni di kilang - kilang dan sebagainya mereka hanyalah bergantung kepada sawit dan hidup sara diri.
Sekitar Kg Air Pasir
|
RUMAH SEKITAR KG AIR PASIR |
|
BERGAMBAR BERSAMA TOK BATIN KG AIR PASIR |
|
RUMAH SEKITAR KG AIR PASIR |
|
RUMAH SEKITAR KG AIR PASIR |
Kami meneruskan perjalanan kami ke kg Padang Sengka.Disini kami dapat melihat sendiri rumah orang asli yang sebenar-benarnya.KataTok Batin di Padang Sengka di kg ini terdapat 23 buah kelamin bersamaan dengan 200 lebih penduduk di sini.Di kampung Padang Sengka ini mereka dari suku jakun.Semua kanak - kanak di sini bersekolah.Bagi aku penduduk di kg ini agak berfikiran terbuka,kerana kata Tok Batin apabila ditanya mengenai kediaman anaknya apabila mereka sudah mendirikan rumah tangga,mereka akan ikot anak perempuan tersebut tetapi jika ada yang mengahalang seperti perkerjaan tetap suami adalah di bandar atau di kg seberang mereka akan mengikut suami beliau.Tok batin berkata mereka disini mengalami masalah untuk meberian wang perbelanjaan kepada anak-anak yang masih bersekolah.
Sekitar Kg Padang Sengka
|
SEKITAR RUMAH TOK BATIN PDG SENGKA |
|
RUMAH ORG ASLI YG SEBETULNYA |
|
RUMAH ORG ASLI YG SEBETULNYA |
|
RUMAH ORG ASLI YG SEBETULNYA |
|
TANDAS? |
|
ANAK-ANAK TOK BATIN KG PADANG SENGKA |
Setersunya kami ke Kg Sri Tanjung destinasi terakhir kami,kami mendapati di sini mepunyai sekitar 76 orang dan 13 buah rumah.Disini juga jauh dari tadika.Tok Batin berkata seawaktu anak-anak darajah 1 hingga 6 mereka akan ditempatkan di asrama dana apabila mereka beranjak ke tingkatan 1 hingga tingkatan 5 mereka akan berulang alik menggunanak van.Majoriti anak-anak disini bersekolah,kesedaran tahap pendidikan disini amat memberangsangkan.
Sekitar Kg Sri Tanjung
|
SEKITAR KG SRI TANJUNG |
|
BERGAMBAR BERSAMA TOK BATIN SRI TANJUNG |
Selesai sudah kami melewati 5 buah perkampungan orang asli untuk bertanyakan tentang ekonomi,politik dan sosial perkampungan orang asli.Terdapat pelbagai kenangan manis yg ada disini,pelbagi juga perkara baru yang dapat aku belajar...Oleh kerana kumpulan aku terdiri daripada kumpulan pendidikan maka diatas ini banyak aku menceritakan tentang pendidikan.Aku berharap agar pendidikan di perkampungan orang asli ini setaraf dengan pendidikan di kota.Tidak mustahil untuk mencapai perkara tersebut,ini telah pon di buktikan dengan 2 org pelajar yang memperoleh 7A 1B dan 1C merangkap pelajar cemerlang di sekolah tersebut di dalam SPM baru-baru ini.Pada malam harinya kami bersama dengan org asli di kg sedohok untuk majlis makan - makan dan tayangan video untuk penduduk kg tersebut....Mereka sanggup keluar ruamh walaupun rumah pada malam tersebut hujan dengan lebat sekali.Malangnya,tiada gambar pada malam tersebut oleh kerana semua kamera kehabisan...huhuhu....Aku berharap aku daapat mengahadiri aktiviti yang sebegini di masa akan datang...wallahualam...