Pages

Showing posts with label My School. Show all posts
Showing posts with label My School. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Ke Mana Selepas SPM?

Assalamualaikum...hurm,ingatkan da lepas spm da boley horey2...tpi xpulak..nk taw kenapa??sbbnye lepas result spm dannounce kena apply ipta/ipts/matrik dan seumpa dengannya lah....kena isi bnyok tol kos yang nk kena pilih...pening tueee...bru isi jeww ney....da isi semua tue...dapat la taw result upu,baru2 ney...malangnya aku xdpt,,,hu3...nk wat mcm mnew dah xde rezeki an?nyesal pulak ase tolak Unikl ary tue..nk twa kenapa?coz Unikl under mara,so dpt la loan mara...hu3...tpi Alhamdullilah aku dapat politek.Politek,pon politek lah,janji kos tue aq minat...xkisah lah,apew orang nk kata sal budak2 poli...yg pntg pointer aq msew kat poli nanti,belajar kat mnew2 sme jew...hurm,walau poli smgt ney dah membara neyh,harap2 semangat aku neyh smpai la aq graduate Diploma in Accountancy atau dlm bahasa melayunya,korang fikir la sndry,simple word pon xunderstand apew lah..ha3...law simple neyh xleyh fhm amek dictionary..hu3...by the way,bebrbalik kepada cte asal,aku buat pilihan untuk belajar kat politeknik.Aku dapat kat melaka...huaaaaa...jauhnyyeeeem,aku xsukew lorh jauh2..hu3...actually aku igtkan nak masuk la form 6.Aku dapat,aku dapat kat SMK KUBANG BEMBAN,aliran sains..mula2 uh ase hepi sgt..mane xnye sek bestari an?mesty larr..ha3...tpi aku dlm aliran saisn..ramai orang kata aliran sains ney susah...cgu2 aku pon kata begitu tapi aku ase mcm tekad jer ar tue untuk amek aliran sains ne...dah lepas orientasi tue,ary ahd tue ary guru so kita org xdibagikan kelas lagi jadi kitaorg dapat kelas pada hary isnin...first day tue xada buat ape pun...bersih kelas,susun meja,kerusi...n lantikan ketua kelas dan ajk laen...aku yg dipilih jadi ketua kelas...Ya Allah malunyeee akuuuu bukannye aku ada pengalaman dalam bidang ney...hak3...tpi yg syoknye budak2 sedarjah ngan aq,semua kenal aku walau aku xkenal diorg...ha3...hah,dah tue kitaorg start belajar...fizik cgu aq namanye Puan Mei Lien...cantik orgnye...hak3...gatal pulak aku,...mula2 dia review pasal vernier calliper lorh!Laahhhhh...vernier Calipper aku bukkanye rety guna menatang ney..hak3...dah tue berlgak pandaai je lah...ha3..bijak x aku??ha3....2 bru fizik yg Pengajian Am pulak pening aku...ada discus sal statistik yg peliknye aku sorg jeerrr yg xdpt...huwaaa...laju betul la dia org ney,aku kena wat sorg2 baru aku paham..ha3...pastue pelajaran Math t pulak...cgu(xigt la namanye yg lebih mesra di panggil umi buat review form 4 n 5 jugak...mamposss...ha3..aku xtaw mende pon xmath form 4 n 5 xmath aku tereernye tajuk function dgn index,,tue je lah...yg laen entah la...hu3...ney pon aku sorg jugak yg lambat pick-up...ha3...xtaw laaa...huaaaa...sedih...aku try buat latihan yang diberi kat rumah,tpi last2 aku baling pen..huaaaa....mana xnye tajuk indices...hu3...xrety aq...hu3...dah tue aku pon ubah pulak fikiran ku untu pergi ke politeknik....ok dah la tue...asenye dah panjang lebar aku membebl ney..see u nxt timeee...

Sunday, April 10, 2011

Lawatan PSS 2011 SMKP

Pada.......aq xingat tarikhnya..wkakakakak...sorry....telah diadkan satu lawatan untuk pengawas pusat sumber sekolah(pss) di Uitm macahang.Yang lucunya disini aq mengikuti juga lawatan tersebut dan yang lucu lagi aq dikehendaki memakai uniform pss..didalam hatiku aku cukup segannnnnn....hanya Tuhan sje yang tahu..mana xnye aq dah la lepas SPM dah tue kena pakai baju sekolah pulak??apa kes???haihh..tapi xape...demi........................(rahsia)hehe...aq pon pakai je lah untuk membbolehkan aku ikut serta.Pagi tue orang dah mula pandang aq,terutamanya yang mengenali aq.Ya Allah...Kami bertolak dengan bas n kami seramai 40 orang berserta 3 guru pengiring.Kami bertolak ke Uitm Machang pada pukul 8.00 pagi.Kami berada diatas bas selam setengah jam.Setelah tiba disana.Sewaktu diperjalan aq hepi sgt,sebabnye aq bersama junior aq lah...hehehe...xda yang membuatkan aq terasa amat hepi melainkan bersama junior-junior aq.indah sgt saat tue.....n lebih indah agy bila sebelah aq tueeee.............(rahsia lgi)hehahehehe.....aq yang suruh dia pergi,tapi last minute dia kata dia xnk pergi!!!mengamuk la aq!!!(menagmuk pon dalam hati,sebab aq xpandai nk mengamuk bagi nampak)dia suruh aq masukkan nama kawannya,tpiiiiii mcm mana??dah seat tue cukup2...mana boley maen sumbat kan xpasai2 aq yang kena.apew lah dia tue...tapi kat lasttttt sakali!!!dia kat belakang tue tulis nota 'ok lah'hahha...nampak kesian pun ada kat dia tueee...tapi aq hepiiiiiiiii sgttttt!!!!!xtaaw kenapa.Dalam bas aq duduk dengan dia lah!!kat situ banyak jugak yang aku dapat bualkan.Tapi satu aq xfaham perangai dia nie kadang-kadang dia panggil aku achik tapi kadang-kadang dia panggil aq kema??apew nie...junior should show his/her own respect...mcm nie ke respect???xgitu??aq rasa macam terkilan sikit sebab dia panggil aku mcm tue sedangkan junior aq form 5 skrg ini panggil aku achik tapi junior aku form 3 tahun nie panggil aku kema!!!aku bukannya kisah sal gelaran nie,tapi aku xtaw kenapa aku nk sgt diriku ini dipanggil achik oleh juniorku.Sedar xsedar kami dah sampai ke destinasi,,apew lagi kami snap gambow la dulu sambil tggu pihak UiTM dtg.Okey dah...kami semua bergerak menuu kedewan setelah sampai aq ambil tempat duduk,tapi disini agak mengecewakan kami kerana pensyarah menerangkan syarat kemasukan untuk STPM ajew...dia xterangkan pon apa syarat kemasukan SPM.hampeh towl!i2 pon sebab sekolah laen yang ada...3buah sekolah tue!!!termasuk sekolah kami!!hah!da tiba waktu makan!!!haha...disini ada jugak yang lucu,yang kucunya salah sorang junior aq,malu nk makan!!!larrr aq ingatkan teruk malu aq lagi tapi teruk agy malu dia!!ada kew nk makan pon malu!aq tanya kenapa malu!dia jawab entah xboley kalo makan org tgk..ai sama macam aq jew??tapi aq xlah seteuk itu..wakakakakka...selesai makan kami bergerak ke dewan semula untuk ceramah penguasaan bahasa inggeris.Disini amat mengagumkan aq,kerana junior yang berada disbelah sgt pintarrrr.......berdiri bulu roma aq dibuatnye!!!okey dah la tueee...kang korang tertdow pulak baca post aq!byeeee...

Friday, October 22, 2010

Kempen Kesihatan @ SMKP

Pada 22/10/2010 satu kempen kesihatan telah diadakan bertempat di dewan terbuka SMKP.Kempen ini adalah anjuran Lions Club Kota Bharu besama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKP.Antara agensi yang terlibat ialah Agensi Antidadah Kebangsaan,Hospital Universiti Sains Malaysia,Hospital Raja Perempuan Zainab(II) Kota Bharu,Bomba dan penyelamat dan sebagainya.Antara objektif kempen ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap diri mereka serta memberitahu masyarakat tentang sesuatu perkara yang mereka tidak tahu.Pertandingan mewarna juga turut diadakan bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.Selain itu,tips-tips dan cara-cara untuk menggosok gigi dengan betul turut didedahkan kepada kanak bawah 12 tahun.Pemeriksaan yang boleh didapati ialah pemeriksaan kolestrol,indeks jisim badan(BMI),mata,pergigian dan sebagainya.Kempen ini julung kali diadakan di SMKP.Diharapkan kempen seperti ini dapat diadakan lagi di lain waktu dan ketika.Wassalam.

Lensa@ Dewan Terbuka SMKP

PEMERIKSAAN MATA


Sabar menuggu..keep it up!hehehe
PEMERIKSAAN MATA


LENSA@ KANTIN SMKP
Pertandingan Mewarna @ Kantin SMKP

*Malas ah nk letak gambar bnyk2....

Sunday, September 5, 2010

Sepintas SMKP


SMK Perempuan ditubuhkan pada 1 Jan 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Perempuan @ ringkasnya SMR (P).Bangunan ini didirikan di atas tanah seluas 6 ekar 145 depa.Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Paduka Rafidah Aziz pada 22 Ogos 1992 yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Perusahaan Utama.
Bermula dari tahun tersebut semua pelajar Sekolah Rendah secara automatik dapat ke tingkatan satu.Tahun-tahun sebelumnya peperiksaan diadakan untuk ke Sekolah Menengah
SMR ditubuhkan bagi memenuhi matlamat Sistem Pelajaran Anika jurusan yang dilaksanakan pada tahun 1965.Sekolah-sekolah seperti ini ditubuhkan serentak di seluruh Negara bagi menjayakan matlamat sistem pelajaran tersebut yang bermula semasa En.Khir Johari Mohammed menjadi Menteri Pelajaran Malaysia .Dalam Sistem Pelajaran Anika Jurusan ,pelajar berpeluang mempelajari pelbagai lemahiran secara berasingan seperti ilmu tadbir rumah tangga(SRT)perdagangan,pertanian,pertukangan dan lain-lain.SMR hanya memeperkenalkan matapelajaran SRT sahaja.Pada tahun 1975,mata pelajaran perdagangan diperkenalkan
Pada awal penubuhan Sekolah ini,pelajar hanya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.Meraka yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Malaysia(Yang)akan meneruskan pengajian dalam tingkatan 4 di Sekolah Menengah Lemal yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja.
Peringkat awal penubuhan SMR(P)tidak mempunyai sebarang kemudahan Bangunan sekolah tidak didirikan.Murid-muridnya seramai 125 orang iaitu 4 kelas dan terpaksa menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Perempuan,Pasir Mas.Waktu belajar adalah sebelah petang.Murid-murid yang Rendah Kebangsaan(perempuan).Sekolah Kebangsaan Mekasar,Sekolah Kebangsaan Lati,Sekolah Kebangsaan Tiang Chandi dan lain-lain.Pada tahun 1966 bangunan sendiri telah siap dibina.
Pada 1 Jan 1978 serentak dengan pengambilan pelajar-pelajar ke tingkatan 4,SMR Perempuan telah ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan.Ketika ini tingkatan 4 memepunyai aliran perdagangan & sastera.Seterusnya pada tahun 1985,kelas aliran sains ditubuhkan.
Pada bulan Mei 1999 terukir satu sejarah di SMKP apabila beberapa blok bangunan lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan yang baru.Pembinaan bangunan sekolah yang baru dimulakan pada 26 April 1999 dan menelan belanja lebih kurang RM 4.5 juta merangkumi 1 blok bangunan 4 tingkat (BlokA) 3 blok bangunan 3 tingkat (Blok B dan C) dan 1 blok bangunan 1 tingkat (bengkel)
Sehubungan dengan itu SMKP terpaksa mengadakan persekolahan 2 sesi iaitu pagi dan petang.Sesi pagi terdiri daripada pelajar tingkatan 3,4,dan 5 manakala sesi petang tingkatan 1dan 2.
Bangunan sekolah yang baru mula digunakan sepenuhnya pada 24 Jun 2001.Bermula sesi 2001 juga mula mengambil pelajar-pelajar lelaki yang berjumlah 140 orang.