Pages

Saturday, October 18, 2014

Majlis Konvokesyen Ke 14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia






Alhamdullilah....syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya berjaya juga untuk aku menamatkan pembelajaran aku di dalam bidang diploma kejuruteraan mekanikal.Selama 2.5 tahun aku dan rakan - rakan berhempas pulas untuk memperoleh segulung diploma akhirnya pada 13 oktober 2014 kami dirai dengan penuh gilang gemilang.Terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga aku yang selalu memberi dorongan dan bimbingan untuk aku terus maju ke hadapan ,para pensyarah yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik , guru - guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Lati dan SMK.Perempuan yang mengasah aku supaya menjadi modal insan ,rakan - rakan yang memberi semangat dan dorongan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung aataupun tidak lansung di dalam pembelajaran aku.

Di dalam penulisan kali ini,ingin aku coretkan bagaimana Majlis Konvokesyen itu berlangsung...bermula daripada aku tempah homestay sehinggalah keluarga aku pulang.

Setelah Mendapat Tarikh Rasmi Konvokesyen

         Setelah mendapat tarikh rasmi konvokesyen ,aku dengan segera mencari honestay untuk keluarga ku diami sewaktu majlis konvokesyen aku berlangsung.Tarikh konvokesyen untuk Diploma adalah pada 13 Oktober 2014.Maka terjumpalah sebuah homestay untuk di diami .Harga homestay tersebut ialah RM150.00 satu malam , mendaftar masuk jam 2.00pm mendaftar keluar jam 3.00 petang besoknya dengan tambahan sebanyak RM 10.00 sebab aku mintak untuk mendaftar keluar lewat iaitu pada jam 3.00 ptg sepatutnya mendaftar keluar jam 2.00 petang. Homestay  ini di taja penuh oleh Mak Cik aku (Cik Sue,hehe).Pada asalnya keluarga aku akan datang seramai 5 orang iaitu Ayah Sue,Cik sue,Tok Ma,Abe ah(Adik bongsu),dan seorang sepupu aku tapi dua orang tidak dapat datang kerana atas urusan kerja dan persekolahan.Maka tinggal lah tiga orang yang akan datang untuk majlis konvokesyen aku.

12 Oktober 2014
           
         Keluarga aku tiba pada hari ini, jam 7.00pm dengan menaiki bas tranasional dari Shah Alam. Setelah sekian lama merancang dengan Syafik Akmal ,bagaimana untuk aku dan dia mengambil keluarga aku di terminal bas batu pahat,Alhamdullilah berjaya juga untuk aku dan Syafik ambil di terminal bas.Kami menyewa kereta di Harwin car Rental selama 1 hari dengan kadar bayaran sebanyak RM80.00 sehari untuk kereta kancil(Automatik) memandangkan Mak Cik aku tak pandai nak memandu kereta manual.Setelah menyewa , pada jam 6.00pm aku janji dengan rakan- rakanku untuk mengambil gambar pra-konvokesyen.setelah berada di situ selama 30 minit..akhirnya keluarga aku tiba di terminal bas batu pahat pada jam 6,30pm.Aku segera beredar dari situ,dengan meminta izin kepada rakan - rakan ku iaitu Liyana, Azie ,dan lain - lain untuk mengambil keluarga aku di terminal bas batu pahat.Aku segera menelefon Syafik Akmal memandangkan dia menuggu aku dekat perpustakaan dan beliau segera turun . Kami singgah di Kolej Kediaman aku di Taman Universiti untuk mengambil pakaian , jubah,blazzer,kasut,seluar,tuala dan lain - lain lagi.Sewaktu aku dalam kelam kabut untuk mencari pakaian dan sebagainya aku terperasan yang kunci homestay aku hilang.Waktu tu punyalah buntu aku tak tahu nak buat apa...aku diam je...Aku bagitahu syafik...dan dimarahnya aku...hmm..memang patut pun...apalah nasib aku waktu tue...Nasib menyebelahi aku bila tuan homestay tu aku kenal...kawan aku jugak rupanya..Fatin Nadia nama dia..haha...aku telefon dia untuk beritahu perkara berkenaan....dia terus "whatttt?" aku pun diam sahaja.dan Fatin cakap "tak pe..tak pe,,,nanti kau sampai kau bagitahu aku." aku pon menarik nafas lega.huhu..Kami tiba di homestay tepat pada jam 7.30pm,lama betul diorang tunggu kitaorang sebab aku...akhirnya kami balik ke universiti dulu untuk menghantar Syafik memandangkan dia ada kelas.Setelah sampai di universiti terpaksalah kami menukar pemandu disebabkan syafik ada kelas...aku suruh Mak Cik aku memandu memandangkan dia ada lesen, tapi perkara sebalinya berlaku bila mana dia menyuruh aku yang memandu.Dengan berbekalkan ilmu yang diajar oleh syafik petang tadi.Aku pon dengan yakinlah memandu....perasaan takut usah di cerita memang ada tapi harus diketepikan...inilah kali pertama aku memandu di atas jalan raya.Akhirnya kami sesat di jalan parit botak untuk mencari homestay...Gelap, suasananya malam dengan drive yang tercungap - cungap... kami sesat lah beberapa kali terlebih ada , terkurang ada , salah masuk simpang dan sebagainya,..aku telefon lagi Faten untuk bertanyakan kat mana homestay berkali - kali jugak lah aku telefon Faten..haha...Nasib baik la dia sudi melayan...akhirnya dah sesat jugak....ayah dia ambil kitaorang.haha...Alhamdullilah akhirnya kami berjaya jugak mendaftar masuk homestay tersebut pada jam 10.00pm.Sesampainya aku di Fateen Homestay aku dipanggil oleh Fateen untuk beliau bertanyakan harga homestay yang dikenakan ke atas aku memandangkan aku menghubungi agent dan bukannay menghubungi Fateen secara terus disebabkan aku tidak tahu yang itu adalah homestay beliau. Jadi aku cakaplah harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 150.00 dengan tambahan sebanyak RM 10.00 berserta duit deposit kunci sebanyak rm 20.00. Rupanya  - rupanya kadar yang dikenakan oleh Fateen Homestay hanyalah RM 60,00 satu malam...Nama Agen tersebut adalah Hanif Afifi. Menyesal beribu menyesal tapi macam mana nak buat sebab benda dah terjadi kami pasrah sahaja lah memandangkan hari dah malam dan kami pun penat.

13 Oktober 2014

              Kami bangun seawal jam 6.00 pagi untuk mebuat segala persiapan memandakangkan hari konvokesyen adalah hari ini. Setelah berseiap kami pun bergerak sekitar jam 7,45 pagi.Setibanya kami di dewan aku pon mendaftar dan berpisah dengan keluarga ku memandangkan pendaftaran ibu bapa dan para graduan adalah berasingan.Sebaik aku mendaftar aku diberikan nombor giliran aku dan RFID tag dimana tag  ini berfungsi untuk memaparkan nama di skrin dewan nanti. dah mendaftar dan mendapat nombor giliran maka aku carilah tempat duduk aku....setelah jumpa aku pon duduk untuk perarakan masuk ke dalam dewan .ok setakat itu sahaja penceritaan aku selanjutnya aku bagi gambar je lah, dah malas dah...haha...



Aku dan Syafik Akmal

Haa,.,,ni pernah satu group,satu kelas ,study sama - sama..thanks!















Inilah keluarga kecil aku
dari kiri: Mak Cik,Tok Ma,Aku ,Abe Ah

Tengah duduk untuk dipanggil masuk ke dalam dewan

Aku dan Ibrahim

Aku dan Model Colgate katanya

Aku dan Saif

Ini pon tengah tunggu giliran

itu sahajalah dapat aku tatapkan untuk majlis konvokesyen aku ke 14 (kali pertama bagi aku) ...terima kasih buat Ibrahim kerana sanggup menghantar keluarga aku ke terminal bas batu pahat..lepas tue tangkap gambar di Tasik Y walaupun guna timer...haha....


antara gambar di tasik Y
















Akhir sekali :



Semoga kita bertemu lagi.... Assalamualaikum =)