Bagi aku ini lah realiti kehidupan,even kita dah berjaya setinggi manapun kita tetap memerlukan orang sekeliling kita untuk mendampingi diri kita,betul tak?Apa guna kalau berjaya tapi tiada pon orang sekeliling yang gembira untuk kita.Contoh yang paling mudah,doktor..sewaktu nak menjalankan pembedahan..mesti ada jururawat sekali dalam dewan bedah tue untuk memastikan pembedahan tu berjalan lancar dan pesakit berjaya diselamatkan betul tak?Begitu jugak kalau kita perhatikan pelajar,tak ke mana pun pelajar tu tanpa bantuan seorang guru dan pelajar tidak akan dipanggil pelajar jika tidak ada orang yang mengajar iaitu guru!
Dalam konteks islam pula tempat bergantung kita hanyalah Allah s.w.t,ayuh sama - sama kita renungkan firman Allah S.W.T dalam Surah Al Ikhlas ayat 2 : -
اللَّهُ الصَّمَدُ
Maksdunya : Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu
yea...hanya Allah pentadbir sekalian alam menjadi tempat kita bergantung,jururawat , cikgu dan semua tu hanyalah perantara kita dengan Allah yang Maha Esa.Tidak disangkal lagi memang kita memerlukan tempat bergantung dan tempat bergantung kita adalah Allah S.W.T.Cumanya of course la tuhan akan hantarkan perantara buat kita...
Kesimpulannya,setiap insan yang dilahirkan di bumi ini memang memerlukan antara satu sama lain untuk meneruskan liku - liku kehidupan.Cumanya sebagai seorang muslim kita harus faham Allah s.w.t menjadi tempat bergantung kita jangan jadikan manusia sebagai tempat bergantung tapi kita mesti ingatkan diri sendiri bahawa manusia itu hanyalah alat perantara antara kita dengan Allah s.w.t wallahualam....