Bismilahhirahminarahim...Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ini 11/02/14 merupakan hari pendaftaran untuk kemasukan semester 2 sesi 2013/2014 untuk kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) .Aku bertolak dari stesen bas kota bharu pada jam 7.30pm, menaiki bas transnasional.Kebiasannya bas ini akan lewat sejam dari masa perjalanan yang tertera di tiket.Tapi Alhamdullilah kali ini bas transnasional tiba pada jam 7.30pm...Perjalanan dari kota bharu ke (UTHM) mengambil masa kira - kira 12 jam.Pada jam 12.30pm bas berhenti di perhentian yang aku lupa nama tempatnya.. :D , untuk solat maghrib dan isyak serta makan.Seterusnya, bas dari perhentian tersebut bergerak ke destinasi yang kami tuju iaitu UTHM.Kebanyakan masa diatas bas hanya untuk terlena.Bas tiba di pintu masuk UTHM kira - kira pada jam 6.00pagi.Aku sebenarnya bukan lah keseorangan ada lagi beberapa rakan yang lain juga akan mendaftar Ijazah Sarajana Muda tetapi di dalam bidang yang lain.Setibanya kami di pintu masuk utama UTHM kami,kami mengambil keputusan untuk tinggal di surau sementara menuggu pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8.00 pagi.Sebelumnya,kami menunaikan solat subuh.Sebelum kami bergerak ke kaunter pendaftaran kami makan pagi sementara rakan kami mendaftar masuk asrama.Kami meletakan barang - barang kami di bilik kawan aku yang mendaftar masuk asrama tersebut.Selepas itu,aku pergi ke kaunter urus setia untuk mendaftar pada jam 9.00 pagi.Kelihatan ramai ibu bapa,anak - anak serta saudara mara yang menghantar anak - anak/adik/saudara - mara mereka.Aku memegang nombor 280 ,sementara menuggu giliran aku dipanggil aku mengisi segala borang yang diberikan di khemah yang disediakan.Setelah selesai,aku menuggu giliran aku untuk menghantar segala borang yang telah di isi.Alhamdullilah,segalanya berjalan lancar,urusan aku selesai tetapi beberapa perkara seperti borang maklumat pelajar dan pemeriksaan kesihatan aku tidak dapat menghantarnya kerana masih tidak di isi sepenuhnya.jadi mereka memberikan masa aku sebulan untuk menyiapkan segala dokumen yang berkaitan dan menghantarnya segera.Perasaan aku ketika mendaftar tidak lah seperti mendaftar sewaktu diploma dulu,gugup dibuatnya!tapi kali ini lebih tenang bila nampak rakan - rakan yang aku kenali turut mendaftar.Ramai yang menasihati aku supaya belajar bersungguh - sungguh supaya berjaya,aku tahu Bachelor bukan lah perkara yang senang,tapi aku rasa itu bukalah penghalangnya!selagi mana ada matlamat dan yakin pada Illahi insyAllah semuanya baik - baik saja.Terasa badan ini memikul segunung harapan dari keluarga tercinta,saudara mara,cikgu - cikgu,jiran - jiran dan orang kampung...rasanya tak sanggup diri aku ini untuk meranapkan segunung harapan yang diberikan!InsyAllah I can do this!dengan bantuan doa - doa kalian.Kejayaan pasti mengiringi!