Bismillahirrahmannirahiim...
| BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH |
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan,
Dan Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah Auratmu sebelum Auratmu ditutupkan,
Dengan kain KAFAN yg serba putih..
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih,
Walaupun org yg hadir itu merintih,
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai,
Lalu dilaksanakan solat jenazah,
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam,
Berserta Fatihah, Selawat dan doa,
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..
Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian,
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat,
Usunglah dirimu ke tikar solat,
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad,
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat..
Iringilah dirimu ke masjid,
Sebelum kamu diiringi ke pusara,
Tangisilah dosa-dosamu di dunia,
Kerana tangisan tdk berguna di Alam Baqa'..
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan,
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan,
Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan,
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan,
Kerana ianya berguna utk yg tinggal,
Bukan yg pergi..
Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan,
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan..
Ingatlah di mana saja kamu berada,
Kamu tetap memijak bumi Tuhan,
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan,
Serta menikmati rezeki Tuhan,
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya,
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya..
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti,
Lalu menjadi segumpal darah,
Lalu menjadi seketul daging,
Lalu daging itu membaluti tulang,
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti..
Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu,
Yang kalau jatuh ke tanah,
Ayam tak petok itik tak sudu,
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu,
Yang lebih agung dari Malaikat...
Lahirmu bukan utk dunia,
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat..
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah',
Dgn penuh rela dan bersedia,
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah',
Jln kemenangan akhirat dan dunia..
Ingatlah yg kekal ialah amal,
Menjadi bekal sepanjang jln,
Menjadi teman di perjalanan,
Guna kembali ke pangkuan Tuhan..
Pada hari itu tiada berguna,
Harta, takhta dan putera,
Isteri,kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga,
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA...
p/s: Renung2kanlah & SELAMAT BERAMAL...
No comments:
Post a Comment
Jemput komen =)...please leave a comment =)