salam satu agama.
note 'terima kasih malaysia' mendapat sambutan yang agak 'gila'. saya bukanlah selebriti. tapi tak sangka anda semua sanggup berkongsi note itu sebegitu sekali. namun ada beberapa perkara yang saya rasa saya harus perjelaskan/perbetulkan di sini. sudi tak anda kongsi note ini lagi sekali? apa salahnya kalau kita jernihkan semula apa yang keruh, kan?
pertama, pihak kedutaan sebenarnya bekerja keras untuk menyelamatkan kami di sini.cuma perkara yang membuatkan kami cemas sebenarnya adalah berita2 yang berlainan yang sampai ke mesir dan yang sampai sendiri ke telinga kami.
pihak kedutaan mungkin menghadapai kesulitan kerana proses perpindahan ini melibatkan tempat tinggal sementara yang sangat sesak. dan ada masalah2 teknikal yang mengganggu proses evakuasi berjalan lancar.
sebenarnya, proses ini berjalan walaupun mungkin agak lambat.
dalam note saya yang sebelum ini, mungkin ada poin2 saya yang menyalahkan embassy. jujur, saya minta maaf kerana saya tidak rasa lagi ini kesalahan mereka. sebaliknya saya mahu tuding jari kepada pihak yang berada di belakang mereka. pihak yang bermain politik dengan nyawa kami.
saya bukanlah pembangkang mahupun kerajaan. saya masih belum layak mengundi. tapi sebagai rakyat biasa, saya rasa adalah agak bodoh kalau mahu jadikan proses evakuasi kami ini sebagai kempen murahan. dengan baju2 UMNO dan wartawan2, saya rasa ini adalah jenaka sengal. apa yang membuatkan mereka fikir ini boleh menjadi kempen, sedangkan keprihatinan mereka tidak terserlah sebelum didesak oleh ibubapa yang risaukan anak2 mereka?
boleh lagi saat2 ini hal politik dititikberatkan? come on la!
alhamdulillah kami insyaAllah selamat. tapi ada sebahagian2 student yang keberatan mahu pulang kerana pihak universiti yang berkeras tidak mahu membrikan cuti atas alasan masih lagi selamat ke kuliah.
memang! sebenarnya kami selamat. kawasan rusuhan pun bukan semua terkena dengan tempat tinggal kami. tapi, yang kami risau adalah bagaimana kami nak hidup kalau bahan makanan dan duit semua tidak dapat diambil dan dibeli?
saya takkan delete note yang sebelum ini kerana sedikit sebanyak ada perkara yang saya kira ada betulnya. biarlah sesetengah pihak panas punggung sedikit menghadapi realiti. tapi itulah hakikatnya. mungkin note saya yang sebelum ini diiringi emosi, sedangkan saya sepatutnya sedikit bersabar, kerana bukan saya seorang yang susah dalam situasi ini.
kalaulah note saya sebelum ini di title kan sebagai luahan hati plajar mesir, saya mintak tolng anda semua untuk beritahu satu dunia bahawa, kedutaan sedang buat kerja.
sekali lagi saya ucapkan terima kasih. saya bukanlah sesiapa yang anda kenal, tapi anda telah menyebarkan note saya itu dengan pantas sekali. justeru saya memohon agar anda bolehlah share note ini untuk memberitahu semua bahawa kami semua insyaAllah akan selamt dengan izin tuhan dan kerja keras pihak2 yang terlibat.
akhir kalam, apa kata kita fikir sejenak. saat saudara2 kita di ambang darurat di mesir, semua pakat gelabah. hampir kita terlupa, bahawa saudara2 kita di palestin itu di ambang darurat sepangjang masa. pernah kita titiskan air mata untuk mereka? Allah, lemahnya kita.
saya ini mempunyai hobi menulis. jadi mungkin note saya yang sebelum ini tampak mengharukn dari keadaan sebenar. kami sebenarnya risau, dan alhamdulillah embassy sudahpun mengambil tindakan, walaupun ujiannya berat benar.
wassalam.
Source:http://www.facebook.com/notes/abrar-shafie/terima-kasih-malaysia-2/190368807648892
No comments:
Post a Comment
Jemput komen =)...please leave a comment =)