Pages

Tuesday, October 25, 2011

cARA kIRA pOINTER


cara kira pointer


Tak leh tido sebab rindu lebih sangat..huuu..agak2 mcm xde keje, rajin2 la nk check result gune sms 2 kan, walopun x ingat pon angka giliran, memg main bntai letak poskod penang..haha.. tp memg kalau da letak ic 2, system amek ic jeh..xyah angka gilirin..da tgok2 result 2..macam bolehla..asal tak A semua nie...huuuu... eh, takpe2 bersyukur! ALHAMDULILLAH.... tatau nak kira sebenarnya..jadi google2 la cara nk kira pointer, bkn tatau nk kira..tak ingat semua nilai2 A, A- semua2 tu..so, mehla nk kongsi even dah abes belajar kan...hehe...... 


80-100 (A & A+) = 4.00

75-79 (A-) =3.67

70-74 (B+) =3.33

65-69 (B) =3.00

60-64 (B-) =2.67

55-59 (C+) =2.33

50-54 (C) =2.00

47-49 (C-) =1.67

44-46 (D+) =1.33

40-43 (D) =1.00

1st : Jumlahkan sume hasil tambah pointer x credit hour setiap subject

2nd : Then bahagikan dengan hasil tambah sume credit hour yang kita dah ambil.
TADAAA..dapat la png anda semua..

nak dapat PNGK..tambahkan semuan PNG 6 sem then bahagi enam..


SEMOGA BERMANFAAT~~~SALAM...TAHNIAH BAGI YANG DAPAT DEKAN YANG TAK DAPAT IGT KATA-KATA INI


"KEJAYAAN HARI INI BUKAN PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK,TETAPI USAHA HARI INI PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK" 


JOM KITA CUBA LAGI DI SEMESTER AKAN DATANG

SUMBER:http://puteriraifana.blogspot.com/2010/06/cara-kira-pointer.html

Sunday, October 16, 2011

Menziarahi Saudara @ Kok Keli,Tumpat

Assalam...kali ni aku nak menceritakan pulak aktiviti pertama aku masa cuti semester ni.Aktiviti pertama aku pada cuti semester ni adalah aku telah digemparkan dengan kematian saudara aku yang meninggal pada 3 hari lepas( kalau aku tak silap) iaitu pada 13/10/11.Berita ini baru sahaja keluarga aku tahu kerana pada malam 12/10/11.Saudara belah atok aku ni dia kena strok dan keluarga saudara aku kata hari terakhir beliau seperti hampir sembuh,tak disangka-sangka keluarganya pada hari terakhir beliau meninggal dunia pada jam 6.00 pagi.Keluarga aku tidak diberitahu secepat mungkin kerana keluarga saudara aku kata dia menelefon kepada keluarga ku malangnya tak dapat.Berita ini juga diberitahu selepas keluarga aku melawat ke rumah orang yang bakal menunaikan haji.Yang menariknya sepanjang perjalanan ke rumah saudara ku meninggal dunia aku singgah sebentar dirumah anak saudara belah nenek aku.Ha!Sebenarnya perkara ini yang aku ingin ceritakan.Aku singgah di........................................................ (maaf la ku tak ingat nama tempat tue...huhuhuhu).Anak saudara nenek aku menceritakan tentang anak beliau.Anak beliau ni seorang yang sopan sebenarnya tetapi entah mengapa anak beliau menjadi seperti tidak mengenali ibu dan bapanya.Terukkan?Mak beliau menceritakan pada keluaga aku bahawa beliau digoncang oleh anaknya dan ditindih oleh anak beliau.MasyaAllah.Beliau bertelingkah dengan maknya kerana anak beliau mencuri wang (kalau tak silap aku).Keluarganya sendiri kurang pasti apakah sebabnya anak beliau menjadi sebegini rupa,tetapi keluarga aku yakin dan percaya bahawa ini semua berpunca daripada najis dadah.Nah!inilah bahaynya najis dadah.Mak Bapak sendiri pon tak kenal.Sebenarnya banyak lagi akibat-akibat najis dadah.Namun ini adalah salah satunya.Sedih aku mendengar cerita mak beliau dan mak beliau menujukkan kesan calar ditangganya akibat perbuatan anaknya.Mak beliau pon hampir-hampir menitiskan air matanya.Keluh mak beliau kalau dia bukan anaknya daah lama mak beliau membuat laporan polis dan menghalau keluar anaknya.Namun tabah seorang ibu membuatkan ibu beliau masih bersabar dan bertahan serta berharap agar anak beliau kembali kejalan yang benar.Kasih sayang seorang ibu akan bercurahan selagi hayat dikandung badan tidak kira anak beliau itu membuat apa-apa kesalahan beliau tidak akan sewenang-wenangnya menghukum anak yang dikandung beliau selama 9 bulan 10 hari.Nasihat dari aku kepada yang masih mempunyai ibu hargailah jasa ibumu agar engakau tidak akan menyesal kelak.Bagi yang senasib dengan aku ayuhlah sedekahkan al-fatihah buat ibu korang yang telah mendahului kita.Sekian dari aku

Wednesday, October 12, 2011

cUTI sEMEsTer

Assalam...hye akhirnya hari yang dinanti-nanti telah pon tiba :D...hmmm seronok jugak jika tunggu waktu-waktu ni tapi masa hari terakhir nak tinggalkan hostel sedih jugak nak tinggalkan...hmm aku balik pada 11 oktober 2011 jam 6.00 ptg aku bertolak ke stesen bas.Sebelum pulang jam 5.00 ptg aku dijemput makan oleh abg Amirul.Abg amirul datang ke bilik aku c120 untuk makan sama dengan dia.Almaklum la dia telah berada di tahun akhir.Kita org turun makan di kafe tsn.Masa aku makan bukan aku dengan abg amirul sahaja tetapi dengan kawan-kawannya juga.Pada mulanya dia memperkenalkan aku pada Kak Dayah kemudian pada Kak Ina yang sorang lagi aku tidak tau lah nama dia aku nak tnya pon segan.:) .Setelah selesai makan aku dan abg amirul kembali ke bilik aku untuk mengangkat segala bag yg ada dalam bilik tu.Jam 5.45ptg aku,abg Amirul,Sufian,Basyir dan Zafry sama bergerak meniggalkan bilik aku.Abg amirul dan Zaf mengangkat bag aku.Menuju ke kereta sewa yang telah Basyir tempah pada jam 3.00 ptg tadi.Berat kaki aku bukan untuk tinggalkan hostek tapi abg amirul,yea la kan dah di tahun akhir semester depan entah jumpa entah tidak.Teksi berwarna biru sudah kelihatan kami pun menuju ke teksi itu,setelah smapai di kenderaan tersebut kami isikan segala bag-bag kami ke dalam bonet teksi tersebut.Acara kemuncak,aku abg amirul salam-salaman lepas tue peluk-pelukkan pulak.Hmmm masa  ni la air mata rasa nak jatuh jer tapi nasib baik la.Sebab malam tadi air mata aku dah pun jatuh mengenangkan mesej yang dihantar oleh Abg Amirul.Mesti tertanya-tanya kan?apa kandungan mesejnya?baiklah ni kandugan mesej nya :Assalamualaikum,semoga selamat sampai ke kampung halaman esok...<mungkin tak sempat atau tak ada yang nak bersalaman esok dgn abg>Abg halalkan segala ilmu yang tak seberapa dalam usaha beberapa hari terakhir untuk tsn ini walaupun mengorbankan masa stdy...<tak mengapa sekiranya ia tidak dihargai sebab abg tak lah hebat>mohon maaf sekiranya ada yang terasa dari hujung rambut hingga hujung kaki...<sebab beberapa hari ini abg sangat serabut,hanya tuhan sahaja yang tahu>,ada rezeki insyAllah jumpa lagi....pesanan akhir untk iqmal janganlah sentiasa senyap,try lawan ckp faiz atau hasrul .sedikit sebanyak membantu otak berfikiran kritis,try comunicate dalam team...&akhir sekali sampaikan salam abg sekeluarga pada keluarga iqmal nanti..Abg gembira dapat kenal pendebat tsn dan ajar iqmal debat,maaf sebab x mampu berikan terbaik utk korg maju,try lawan mereka iqmal,kamu perlu push kuat lg k,balik try berlatih....

Air mata aku terus jatuh bila baca mesej ni.

Setelah acara itu habis teksi itu terus bertolak menuju ke stesen bas batu pahat.Meniggalkan abg amirul dan zafry jauh dibelakang.

Setelah sampai di stesen bas,aku,Sufian dan Basyir mengankat segala bag keluar dari dalam kereta tersebut.Bas aku bertolak pada jam 7.30 ptg dan aku sampai ke destinasi yang dituju pada jam 8.00 pagi.Alhamdulilah aku selamat sampai ke destinasi yang dituju. :)