Pages

Sunday, October 16, 2011

Menziarahi Saudara @ Kok Keli,Tumpat

Assalam...kali ni aku nak menceritakan pulak aktiviti pertama aku masa cuti semester ni.Aktiviti pertama aku pada cuti semester ni adalah aku telah digemparkan dengan kematian saudara aku yang meninggal pada 3 hari lepas( kalau aku tak silap) iaitu pada 13/10/11.Berita ini baru sahaja keluarga aku tahu kerana pada malam 12/10/11.Saudara belah atok aku ni dia kena strok dan keluarga saudara aku kata hari terakhir beliau seperti hampir sembuh,tak disangka-sangka keluarganya pada hari terakhir beliau meninggal dunia pada jam 6.00 pagi.Keluarga aku tidak diberitahu secepat mungkin kerana keluarga saudara aku kata dia menelefon kepada keluarga ku malangnya tak dapat.Berita ini juga diberitahu selepas keluarga aku melawat ke rumah orang yang bakal menunaikan haji.Yang menariknya sepanjang perjalanan ke rumah saudara ku meninggal dunia aku singgah sebentar dirumah anak saudara belah nenek aku.Ha!Sebenarnya perkara ini yang aku ingin ceritakan.Aku singgah di........................................................ (maaf la ku tak ingat nama tempat tue...huhuhuhu).Anak saudara nenek aku menceritakan tentang anak beliau.Anak beliau ni seorang yang sopan sebenarnya tetapi entah mengapa anak beliau menjadi seperti tidak mengenali ibu dan bapanya.Terukkan?Mak beliau menceritakan pada keluaga aku bahawa beliau digoncang oleh anaknya dan ditindih oleh anak beliau.MasyaAllah.Beliau bertelingkah dengan maknya kerana anak beliau mencuri wang (kalau tak silap aku).Keluarganya sendiri kurang pasti apakah sebabnya anak beliau menjadi sebegini rupa,tetapi keluarga aku yakin dan percaya bahawa ini semua berpunca daripada najis dadah.Nah!inilah bahaynya najis dadah.Mak Bapak sendiri pon tak kenal.Sebenarnya banyak lagi akibat-akibat najis dadah.Namun ini adalah salah satunya.Sedih aku mendengar cerita mak beliau dan mak beliau menujukkan kesan calar ditangganya akibat perbuatan anaknya.Mak beliau pon hampir-hampir menitiskan air matanya.Keluh mak beliau kalau dia bukan anaknya daah lama mak beliau membuat laporan polis dan menghalau keluar anaknya.Namun tabah seorang ibu membuatkan ibu beliau masih bersabar dan bertahan serta berharap agar anak beliau kembali kejalan yang benar.Kasih sayang seorang ibu akan bercurahan selagi hayat dikandung badan tidak kira anak beliau itu membuat apa-apa kesalahan beliau tidak akan sewenang-wenangnya menghukum anak yang dikandung beliau selama 9 bulan 10 hari.Nasihat dari aku kepada yang masih mempunyai ibu hargailah jasa ibumu agar engakau tidak akan menyesal kelak.Bagi yang senasib dengan aku ayuhlah sedekahkan al-fatihah buat ibu korang yang telah mendahului kita.Sekian dari aku

No comments:

Post a Comment

Jemput komen =)...please leave a comment =)