Pages

Monday, January 16, 2012

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM…

Assalamualaikum w.b.t….. Salam ukhwah dihulurkan buat pembaca yang budiman.. .semoga kita semua berada di bawah lembayung kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi lembayung rahmat Allah s.w.t..insya’Allah…ana merupakan seorang hamba Allah yang bersinggah sementara di bumi Allah ini yang penuh nikmat…Subhanallah…Ana juga insan biasa…yang banyak kekurangan dan kelemahan diri….tidak sempurna melainkan junjungan besar Nabi Muhammad…Alhamdulillah….ana bersyukur,,kerana Allah jadikan ana seorang insan bergelar manusia….Sesungguhnya manusia itu dijadikan sebaik-baik kejadian sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-tin(ayat 4)…. Dalam ruangan seuntai kata ini…ingin ana berkongsi ilmu,pengalaman,pendapat dan sewaktu dengannya,,mudah-mudahan ianya berada dalam keredhaan-Nya…insya’Allah…tajuk yang ana utarakan adalah persaudaraan dalam islam… Persaudaraan adalah asas bagi ajaran islam….ciri utama dalam semua ibadat adalah berpaksikan ukhwah dan persaudaraan…kewajipan ibadat khusus seperti solat,puasa,zakat, dan haji adalah untuk membina ukhwah dan perpaduan antara satu sama lain…sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujurat,ayat 10…yang bermaksud: “sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara,oleh itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”… Ayat di atas menjelaskan bahawa umat islam mendapat pengiktirafan dari Allah sebagai saudara seagama…walaupun persaudaraan merupakan satu lambang keamanan sejagat untuk manusia menggembleng pemikiran dan tenaga untuk mengimarahkan dan memakmurkan dunia ini dengan berteraskan konsep tauhid dan ilmu pengetahuan,namun terdapat unsur-unsur dalaman yang akan mengagalkan misi umat islam sebagai khalifah di muka bumi ini..unsur-unsur dalaman terdapat dalam diri setiap insan yg mendorong ke arah sangkaan buruk dan cemburu di atas kejayaan saudaranya…sikap ini mendorong manusia berusaha untuk memusnahkan kejayaan saudaranya…baginda Rasulullah pernah bersabda..yg bermaksud: “jauhilah kamu akan hasad dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan kayu”….. Ya Allah…jauhkanlah hambaMu ini dari perasaan hasad dengki ini…berikanlah hambaMu ini hati yang tenang dan suci…amin.. Antara perkara hak muslim terhadap muslim lain: memberi salam,memenuhi undangan,memberi nasihat,doa jika dia bersin,melawat ketika sakit.. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yg bermaksud:”seseorang mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah bangunan,yang menguatkan yang lain “ Ingatlah sesama islam perlu membantu kerana kita adalah bersaudara…cubit paha kiri,paha kanan terasa sakit… Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud; ‘tidak sempurna iman seseorang mukmin hingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri.’ Dalam hidup kita yg agak individualistik pada hari ini,kekadang kita lupa utk mengamalkan hadis ini…oleh itu,sama-sama lah kita mengasihi saudara kita sebagaimana kita megasihi diri kita sendiri,,,akhirulkalam..sama-samalah kita bersatu padu demi menegakkan agama islam yg tercinta,,,,….. Sedikit Perkongsian ini ana adaptasi dari pembacaan ana dan semasa ana di dalam nadwah islam….semoga mendapat rahmat Allah S.W.T….sesungguhnya yg baik itu datangnya daripadaNya,dan yg tak baik itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri….sama-samalah berdakwah kerana Allah s.w.t….insya’Allah

No comments:

Post a Comment

Jemput komen =)...please leave a comment =)