Pages

Saturday, October 18, 2014

Majlis Konvokesyen Ke 14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia






Alhamdullilah....syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya berjaya juga untuk aku menamatkan pembelajaran aku di dalam bidang diploma kejuruteraan mekanikal.Selama 2.5 tahun aku dan rakan - rakan berhempas pulas untuk memperoleh segulung diploma akhirnya pada 13 oktober 2014 kami dirai dengan penuh gilang gemilang.Terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga aku yang selalu memberi dorongan dan bimbingan untuk aku terus maju ke hadapan ,para pensyarah yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik , guru - guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Lati dan SMK.Perempuan yang mengasah aku supaya menjadi modal insan ,rakan - rakan yang memberi semangat dan dorongan serta semua yang terlibat sama ada secara langsung aataupun tidak lansung di dalam pembelajaran aku.

Di dalam penulisan kali ini,ingin aku coretkan bagaimana Majlis Konvokesyen itu berlangsung...bermula daripada aku tempah homestay sehinggalah keluarga aku pulang.

Setelah Mendapat Tarikh Rasmi Konvokesyen

         Setelah mendapat tarikh rasmi konvokesyen ,aku dengan segera mencari honestay untuk keluarga ku diami sewaktu majlis konvokesyen aku berlangsung.Tarikh konvokesyen untuk Diploma adalah pada 13 Oktober 2014.Maka terjumpalah sebuah homestay untuk di diami .Harga homestay tersebut ialah RM150.00 satu malam , mendaftar masuk jam 2.00pm mendaftar keluar jam 3.00 petang besoknya dengan tambahan sebanyak RM 10.00 sebab aku mintak untuk mendaftar keluar lewat iaitu pada jam 3.00 ptg sepatutnya mendaftar keluar jam 2.00 petang. Homestay  ini di taja penuh oleh Mak Cik aku (Cik Sue,hehe).Pada asalnya keluarga aku akan datang seramai 5 orang iaitu Ayah Sue,Cik sue,Tok Ma,Abe ah(Adik bongsu),dan seorang sepupu aku tapi dua orang tidak dapat datang kerana atas urusan kerja dan persekolahan.Maka tinggal lah tiga orang yang akan datang untuk majlis konvokesyen aku.

12 Oktober 2014
           
         Keluarga aku tiba pada hari ini, jam 7.00pm dengan menaiki bas tranasional dari Shah Alam. Setelah sekian lama merancang dengan Syafik Akmal ,bagaimana untuk aku dan dia mengambil keluarga aku di terminal bas batu pahat,Alhamdullilah berjaya juga untuk aku dan Syafik ambil di terminal bas.Kami menyewa kereta di Harwin car Rental selama 1 hari dengan kadar bayaran sebanyak RM80.00 sehari untuk kereta kancil(Automatik) memandangkan Mak Cik aku tak pandai nak memandu kereta manual.Setelah menyewa , pada jam 6.00pm aku janji dengan rakan- rakanku untuk mengambil gambar pra-konvokesyen.setelah berada di situ selama 30 minit..akhirnya keluarga aku tiba di terminal bas batu pahat pada jam 6,30pm.Aku segera beredar dari situ,dengan meminta izin kepada rakan - rakan ku iaitu Liyana, Azie ,dan lain - lain untuk mengambil keluarga aku di terminal bas batu pahat.Aku segera menelefon Syafik Akmal memandangkan dia menuggu aku dekat perpustakaan dan beliau segera turun . Kami singgah di Kolej Kediaman aku di Taman Universiti untuk mengambil pakaian , jubah,blazzer,kasut,seluar,tuala dan lain - lain lagi.Sewaktu aku dalam kelam kabut untuk mencari pakaian dan sebagainya aku terperasan yang kunci homestay aku hilang.Waktu tu punyalah buntu aku tak tahu nak buat apa...aku diam je...Aku bagitahu syafik...dan dimarahnya aku...hmm..memang patut pun...apalah nasib aku waktu tue...Nasib menyebelahi aku bila tuan homestay tu aku kenal...kawan aku jugak rupanya..Fatin Nadia nama dia..haha...aku telefon dia untuk beritahu perkara berkenaan....dia terus "whatttt?" aku pun diam sahaja.dan Fatin cakap "tak pe..tak pe,,,nanti kau sampai kau bagitahu aku." aku pon menarik nafas lega.huhu..Kami tiba di homestay tepat pada jam 7.30pm,lama betul diorang tunggu kitaorang sebab aku...akhirnya kami balik ke universiti dulu untuk menghantar Syafik memandangkan dia ada kelas.Setelah sampai di universiti terpaksalah kami menukar pemandu disebabkan syafik ada kelas...aku suruh Mak Cik aku memandu memandangkan dia ada lesen, tapi perkara sebalinya berlaku bila mana dia menyuruh aku yang memandu.Dengan berbekalkan ilmu yang diajar oleh syafik petang tadi.Aku pon dengan yakinlah memandu....perasaan takut usah di cerita memang ada tapi harus diketepikan...inilah kali pertama aku memandu di atas jalan raya.Akhirnya kami sesat di jalan parit botak untuk mencari homestay...Gelap, suasananya malam dengan drive yang tercungap - cungap... kami sesat lah beberapa kali terlebih ada , terkurang ada , salah masuk simpang dan sebagainya,..aku telefon lagi Faten untuk bertanyakan kat mana homestay berkali - kali jugak lah aku telefon Faten..haha...Nasib baik la dia sudi melayan...akhirnya dah sesat jugak....ayah dia ambil kitaorang.haha...Alhamdullilah akhirnya kami berjaya jugak mendaftar masuk homestay tersebut pada jam 10.00pm.Sesampainya aku di Fateen Homestay aku dipanggil oleh Fateen untuk beliau bertanyakan harga homestay yang dikenakan ke atas aku memandangkan aku menghubungi agent dan bukannay menghubungi Fateen secara terus disebabkan aku tidak tahu yang itu adalah homestay beliau. Jadi aku cakaplah harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 150.00 dengan tambahan sebanyak RM 10.00 berserta duit deposit kunci sebanyak rm 20.00. Rupanya  - rupanya kadar yang dikenakan oleh Fateen Homestay hanyalah RM 60,00 satu malam...Nama Agen tersebut adalah Hanif Afifi. Menyesal beribu menyesal tapi macam mana nak buat sebab benda dah terjadi kami pasrah sahaja lah memandangkan hari dah malam dan kami pun penat.

13 Oktober 2014

              Kami bangun seawal jam 6.00 pagi untuk mebuat segala persiapan memandakangkan hari konvokesyen adalah hari ini. Setelah berseiap kami pun bergerak sekitar jam 7,45 pagi.Setibanya kami di dewan aku pon mendaftar dan berpisah dengan keluarga ku memandangkan pendaftaran ibu bapa dan para graduan adalah berasingan.Sebaik aku mendaftar aku diberikan nombor giliran aku dan RFID tag dimana tag  ini berfungsi untuk memaparkan nama di skrin dewan nanti. dah mendaftar dan mendapat nombor giliran maka aku carilah tempat duduk aku....setelah jumpa aku pon duduk untuk perarakan masuk ke dalam dewan .ok setakat itu sahaja penceritaan aku selanjutnya aku bagi gambar je lah, dah malas dah...haha...



Aku dan Syafik Akmal

Haa,.,,ni pernah satu group,satu kelas ,study sama - sama..thanks!















Inilah keluarga kecil aku
dari kiri: Mak Cik,Tok Ma,Aku ,Abe Ah

Tengah duduk untuk dipanggil masuk ke dalam dewan

Aku dan Ibrahim

Aku dan Model Colgate katanya

Aku dan Saif

Ini pon tengah tunggu giliran

itu sahajalah dapat aku tatapkan untuk majlis konvokesyen aku ke 14 (kali pertama bagi aku) ...terima kasih buat Ibrahim kerana sanggup menghantar keluarga aku ke terminal bas batu pahat..lepas tue tangkap gambar di Tasik Y walaupun guna timer...haha....


antara gambar di tasik Y
















Akhir sekali :



Semoga kita bertemu lagi.... Assalamualaikum =)


Monday, April 7, 2014

Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti


Bismillahirahmanirahim..syukur ke hadrat Illahi dengan izin dan kurninya dapat aku mencapai kudrat utntuk membuka blog ini dan setersunya mengemaskini blog ini untuk bulan ini...Rasanya aku tak ada buat artikel untuk bulan Mac...Yea ah tak ada idea kann.. :D ... So tajuk blog aku kali ini adalah "Yang Patah Tumbuh , Yang Hilang Berganti " (apahal lak mamat nie ??) ...eh blog aku kan? suka aku lah :P gurau2...Sebenarnya dalam kepala ini disaat ini terlintas pulak lagu nie dalam kepala...yea lah rasa macam kena jer kan...nak - nak lirik last sebelum chorus tue....ha... Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti...haha.... apa yang patahnya?..kalau korang selalu follow blog aku ,selalu baca dan selalu tgk wall post di facebook(bajet retiss,hue3) mesti akan tahu lah apa yang patahnya...tapi malas la aku nak cakap kat sini..macam annoying pulak nanti...haha...yang nk tekankan kat blog ini adalah yang hilang berganti! yeah!! :D well betul firman Allah s.w.t setiap kesusahan pasti ada kesenangan...mungkin dulu itu ujian buat aku , tapi aku yakin dan percaya ini pon merupakan satu ujian buat aku...Aku harap aku boleh menanganinya di hari - hari yang akan mendatang....dan aku berharap kehadiran dia dalam hidupku memberikan nafas yang baru untuk aku menuruskan hidup ini.....tak da lah aku cakap sebelum aku kenal dia aku xboleh bernafas,boleh jer tapi entah lah banyak terasa macam ada kekosongan yang perlu diisi.Hidup ini memamg  unpredictable kadang-kadang indah , kadang - kadang suram , kadang - kadang ribut dan macam - macam kadang - kadang lah....ERR...betul ke BM aku nie? :D .Seronok bila kita jadi someone dalam hidup orang nie dan lebih seronok kalau dia percaya kan kita...kepercayaan yang diberi oleh orang bukannya senang nak dapat kan...so, bila orang dah bagi kepercayaan itu , bagi aku dia macam menghargai lah orang tue dalam hidup dia kan....dan andainya kepercayaan ini rosak memang tak akan ada peluang kedua bagi aku untuk menjana kepercayaan tue balik...parah bila ditpu,sakit bila diperbodohkan....Aku harapkan perhubungan ini dapat lah menjaga satu sama lain..dan Semoga kita lebih kenal selepas ini...ini part yang paling ekstrem bagi aku,sejujurnya aku susah untuk faham orang...tapi insyAllah satu hari aku akan faham jugak nanti antara cepat dengan lambat jer...untuk orang tue , yang baca blog nie....aku mohon maaf kalau aku  ada buat salah dan akan buat kat qo , eh mcm ayat dia jer nie? haha...mohon pinjam... :P terima kasih kerana hadir dalam hidup ini.....Oh btw,blog post nie bukan ditujukan untuk kekasih gelap atau bakal kekasih,mohon baca dengan minda yang luas...terima kasih....
:)

Nah Lgu:

Wednesday, February 12, 2014

Bachelor Of Mechanical Engineering With Honours - Hari Pendaftaran

Bismilahhirahminarahim...Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Hari ini 11/02/14 merupakan hari pendaftaran untuk kemasukan semester 2 sesi 2013/2014 untuk kursus Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM) .Aku bertolak dari stesen bas kota bharu pada jam 7.30pm, menaiki bas transnasional.Kebiasannya bas ini akan lewat sejam dari masa perjalanan yang tertera di tiket.Tapi Alhamdullilah kali ini bas transnasional tiba pada jam 7.30pm...Perjalanan dari kota bharu ke  (UTHM) mengambil masa kira - kira 12 jam.Pada jam 12.30pm bas berhenti di perhentian yang aku lupa nama tempatnya.. :D , untuk solat maghrib dan isyak serta makan.Seterusnya, bas dari perhentian tersebut bergerak ke destinasi yang kami tuju iaitu UTHM.Kebanyakan masa diatas bas hanya untuk terlena.Bas tiba di pintu masuk UTHM kira - kira pada jam 6.00pagi.Aku sebenarnya bukan lah keseorangan ada lagi beberapa rakan yang lain juga akan mendaftar Ijazah Sarajana Muda tetapi di dalam bidang yang lain.Setibanya kami di pintu masuk utama UTHM kami,kami mengambil keputusan untuk tinggal di surau sementara menuggu pendaftaran yang akan dibuka pada jam 8.00 pagi.Sebelumnya,kami menunaikan solat subuh.Sebelum kami bergerak ke kaunter pendaftaran kami makan pagi sementara rakan kami mendaftar masuk asrama.Kami meletakan barang - barang kami di bilik kawan aku yang mendaftar masuk asrama tersebut.Selepas itu,aku pergi ke kaunter urus setia untuk mendaftar pada jam 9.00 pagi.Kelihatan ramai ibu bapa,anak - anak serta saudara mara yang menghantar anak - anak/adik/saudara - mara mereka.Aku memegang nombor 280 ,sementara menuggu giliran aku dipanggil aku mengisi segala borang yang diberikan di khemah yang disediakan.Setelah selesai,aku menuggu giliran aku untuk menghantar segala borang yang telah di isi.Alhamdullilah,segalanya berjalan lancar,urusan aku selesai tetapi beberapa perkara seperti borang maklumat pelajar dan pemeriksaan kesihatan aku tidak dapat menghantarnya kerana masih tidak di isi sepenuhnya.jadi mereka memberikan masa aku sebulan untuk menyiapkan segala dokumen yang berkaitan dan menghantarnya segera.Perasaan aku ketika mendaftar tidak lah seperti mendaftar sewaktu diploma dulu,gugup dibuatnya!tapi kali ini lebih tenang bila nampak rakan - rakan yang aku kenali turut mendaftar.Ramai yang menasihati aku supaya belajar bersungguh - sungguh supaya berjaya,aku tahu Bachelor bukan lah perkara yang senang,tapi aku rasa itu bukalah penghalangnya!selagi mana ada matlamat dan yakin pada Illahi insyAllah semuanya baik - baik saja.Terasa badan ini memikul segunung harapan dari keluarga tercinta,saudara mara,cikgu - cikgu,jiran - jiran dan orang kampung...rasanya tak sanggup diri aku ini untuk meranapkan segunung harapan yang diberikan!InsyAllah I can do this!dengan bantuan doa - doa kalian.Kejayaan pasti mengiringi!


Tuesday, January 28, 2014

Kem Inspirasi Minda : Kolej Vokasional Batu Pahat

Bismillahirahmanirahim….pada 23 januari 2014 aku dan rakan – rakan dari The Inspirational Project telah mengadakan Kem Inspirasi Minda bil 1/2014 di Kolej Vokasional Batu Pahat(KVBP).Kem ini melibatkan 160 orang pelajar dari tahun 2 di KVBP ini.Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada tarikh 23 – 25 januari 2014.Barisan fasilitator lelaki di tempatkan di rumah warden asrama,manakala fasilitator perempuan ditempatkan di dorm asrama puteri.Pada hari pertama kem ini (25 januari 2014,khamis),agenda pertama yang diadakan ialah pendaftaran peserta.Seterusnya,sesi untuk pembahagian kumpulan.Sebanyak 10 kumpulan yang dibentuk dan seorang fasilitator akan membantu seramai 13 ke 14 orang sekumpulan.Seorang ketua dilantik dari kalangan pelajar ini.Aku mendapat kumpulan yang diketuai oleh Ahmad yang mempunyai 14 orang pelajar.Seterusnya setelah usai pembahagian kumpulan beberapa tugasan diberikan kepada setiap kumpulan,antaranya ialah mencari lirik lagu,menghafal lirik lagu membuat logo dan membuat cheers kumpulan.Kumpulan aku diberi nama “Siapa Aku” nama kumpulan aku ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Suki.Dalam kumpulan siapa aku ini,terdapat 3 orang puteri dan 11 orang putera.Bagi aku kumpulan aku ini happy go lucky,pandai hormat orang tua.Aktiviti yang paling seronok waktu aku tengok diorang main adalah explorace,sebabnya sebelum mereka dilepaskan untuk aktiviti explorace ,aku ada berpesan kepada mereka “Nak menang err?” haha…ada yang “perghh…tue je ayat dia” haha…mereka ini dipecahkan kepada dua kumpulan,kuumpulan A dan B,aku hanya bertemu satu kumpulan jer 7A di checkpoint aku,yang lagi satu aku tak jumpa,sebab mereka memang tak melalui aku punya checkpoint .Setibanya kumpulan 7A di checkpoint aku,aku tanya kepada mereka, dah banyak ke menang?, mereka jawab “1 je yang kalah,yang lain semua menang” …hmm dasyat juga la kan mereka ni. Kan…tapi malanngnya nnasib tak menyebelahi mereka sebabnya mereka dapat tempat ke – 6.Bagi aku,aku gembira jugak,sebab tengok waktu diorang tengah mengharungi cabaran tue penuh komited,bersungguh dan happy jer diorang ni…yang paling penting teamwork yang diorang bina sesama mereka ini amat kukuh.Serius aku cakap,waktu diorang cakap “achik…achik tak menang la,dapat no 6 je” happy sangat waktu tue…entah la kenapa,mungkin sebab tengok muka diorang waktu diorang harungi cabaran tue kot…bersungguh-sungguh! Oh yea! Aktiviti explorace ini dijalankan pada 26 Januari 2014(Jumaat) jam 3.00ptg – 6.30ptg .Pada malamnya aktiviti membina menara impian dan aktiviti muhasabah diri.Aktiviti ini melibatkan para pelajar untuk mengenang jasa ibu bapa mereka.Hmm…aku tengaok kumpulan aku waktu tue,semua menangis la kan,saying jugak diorang kat ibu bapa diorang yea…eh..mesti lah sapa tak saying ibu bapa kan? Selepas dah menangis tue,ada lah slot bersama fasi untuk sharing dioraong punya problem ke cerita apa – apa ke,tak kisah…seronok sangat malam tu.. hehe….Dan hari terakhir,hanyalah persiapan untuk majlis perasmian penutup kem inspirasi minda.Sedih tak terkata lah waktu ini,memang itulah rasanya setiap program pada hari terakhir program…Sewaktu aku makan tengahari dengan diorang,diorang ada cakap “abg..abg…saya dah pernah pergi program yang buat menagis – menagis nie…tapi,saya tak pernah pon rasa nak menangis,tapi entah kenapa semalam air mata saya menitik – menititik”.Seronok sangat bersama dengan pelajar – pelajar dari Kolej Vokasional ini khusunya Kolej Vokasional Batu Pahat.

Gambar Sekitar di Kem Inspirasi Minda Di Kolej Vokasional Batu Pahat



Bersama dengan kumpulan aku : kumpulan "siapa aku"
























Thursday, January 23, 2014

Projek Akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal:Automatic Honey Extractor Machine (A.H.E)

Bismillahirahmanirahim...syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA dapat kami  menyiapkan projek akhir untuk diploma kejuruteraan mekanikal.Untuk pengetahuan juga dalam bidang pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal subjek Projek Kejuruteraan memang wajib di ambil sebgai syarat untuk bergraduasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Hasil inspirasi dan idea daripada penyelia aku En Najib bin Janon,mecadangkan kami untuk membuat Mesin Pengestrak Madu Automatik ataupun Automatic Honey Extractor Machine (A.H.E) ,maka aku dan kumpulan aku bertungkus lumus untuk menyiapkan A.H.E ini dengan pelbagai cambahan idea dari ahli aku sendiri.Mesin ini menggunakan prinsip daya empar iaitu centrifugal force untuk meengeluakan madu dari sarang madu.Bermula dengan 3 lakaran rekabantuk,selepas mengambil kira beberapa faktor yang perlu di elakkan untuk tidak menjejaskan kecekapan fungsi mesin maka lakaran akhir daripada 3 tadi dipilih untuk dibangunkan di dalam persisian solidwork2011.
Berikut Merupakan tiga lakaran yang telah dibuat. : 



Lakaran 1















Lakaran 2 :Pandangan atas dan pandagan sisi

Lakaran 2 : Pandagan Hadapan







































Lakaran 3 : Pandagan hadapan
Lakaran 3 :Pandangan sisi


















Lakaran 3 :Pandagan atas




Akhirnya,lakaran 3 menjadi pilihan dan ianya dibangunkan di dalam perisian solidwork2011.Berikt merupakan rekabentuk yang terhasil daripada solidwork2011 :



Konsep Utama: A.H.E

















A..H.E

Selepas lakaran tadi dibangunkan di dalam solidwork2011 maka proses fabrikasi bermula.Selepas terhasilnya A.H.E, ujian Rotation per Minute(RPM)  dijalankan,Ujian ini adalah untuk menguji kelajuan putaran per minit terhadap sistem automatik dan manual dan mebandingkan RPM  untuk kedua - dua sistem tersebut.

A.H.E yang telah siap : -

Automatic Honey Extractor Machine(A.H.E)


Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sekumpulan aku kerana membantu dan bersama - sama menyiapkan Projek Akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kami En Najib Bin Janon kerana banyak memberi tunjuk ajar....dan tidak lupa juga kepada rakan - rakan seperjuangan dan ibu bapa kami yang banyak membantu dalam menyiapkan projek akhir ini dan terima kasih juga kepada pensyarah - pensyarah yang banyak mebantu kami dalam penghasilan A.H.E ini.Maaf diri ini seandainya ada terkurang atau terkasar bahasa atau tersilap cara.


Sekitar Majlis Karnival Inovasi Pusat Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal



Penyelia tengah tengok sama ada dah repair
ke belum yang dia suruh sebelum ...

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 1

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 2

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 3

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 4

Bersama Penyelia Projek dan Ahli Kumpulan
Dari kiri:Shaiful Yusra,Asyraf Fadzil,En Najib,Iqmal Fazli,
Da'i Shukri


Video untuk operasi A.H.E :

Broken English
Sekian sahaja,jumpa lagi di lain posting....:D