Pages

Tuesday, January 28, 2014

Kem Inspirasi Minda : Kolej Vokasional Batu Pahat

Bismillahirahmanirahim….pada 23 januari 2014 aku dan rakan – rakan dari The Inspirational Project telah mengadakan Kem Inspirasi Minda bil 1/2014 di Kolej Vokasional Batu Pahat(KVBP).Kem ini melibatkan 160 orang pelajar dari tahun 2 di KVBP ini.Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada tarikh 23 – 25 januari 2014.Barisan fasilitator lelaki di tempatkan di rumah warden asrama,manakala fasilitator perempuan ditempatkan di dorm asrama puteri.Pada hari pertama kem ini (25 januari 2014,khamis),agenda pertama yang diadakan ialah pendaftaran peserta.Seterusnya,sesi untuk pembahagian kumpulan.Sebanyak 10 kumpulan yang dibentuk dan seorang fasilitator akan membantu seramai 13 ke 14 orang sekumpulan.Seorang ketua dilantik dari kalangan pelajar ini.Aku mendapat kumpulan yang diketuai oleh Ahmad yang mempunyai 14 orang pelajar.Seterusnya setelah usai pembahagian kumpulan beberapa tugasan diberikan kepada setiap kumpulan,antaranya ialah mencari lirik lagu,menghafal lirik lagu membuat logo dan membuat cheers kumpulan.Kumpulan aku diberi nama “Siapa Aku” nama kumpulan aku ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Suki.Dalam kumpulan siapa aku ini,terdapat 3 orang puteri dan 11 orang putera.Bagi aku kumpulan aku ini happy go lucky,pandai hormat orang tua.Aktiviti yang paling seronok waktu aku tengok diorang main adalah explorace,sebabnya sebelum mereka dilepaskan untuk aktiviti explorace ,aku ada berpesan kepada mereka “Nak menang err?” haha…ada yang “perghh…tue je ayat dia” haha…mereka ini dipecahkan kepada dua kumpulan,kuumpulan A dan B,aku hanya bertemu satu kumpulan jer 7A di checkpoint aku,yang lagi satu aku tak jumpa,sebab mereka memang tak melalui aku punya checkpoint .Setibanya kumpulan 7A di checkpoint aku,aku tanya kepada mereka, dah banyak ke menang?, mereka jawab “1 je yang kalah,yang lain semua menang” …hmm dasyat juga la kan mereka ni. Kan…tapi malanngnya nnasib tak menyebelahi mereka sebabnya mereka dapat tempat ke – 6.Bagi aku,aku gembira jugak,sebab tengok waktu diorang tengah mengharungi cabaran tue penuh komited,bersungguh dan happy jer diorang ni…yang paling penting teamwork yang diorang bina sesama mereka ini amat kukuh.Serius aku cakap,waktu diorang cakap “achik…achik tak menang la,dapat no 6 je” happy sangat waktu tue…entah la kenapa,mungkin sebab tengok muka diorang waktu diorang harungi cabaran tue kot…bersungguh-sungguh! Oh yea! Aktiviti explorace ini dijalankan pada 26 Januari 2014(Jumaat) jam 3.00ptg – 6.30ptg .Pada malamnya aktiviti membina menara impian dan aktiviti muhasabah diri.Aktiviti ini melibatkan para pelajar untuk mengenang jasa ibu bapa mereka.Hmm…aku tengaok kumpulan aku waktu tue,semua menangis la kan,saying jugak diorang kat ibu bapa diorang yea…eh..mesti lah sapa tak saying ibu bapa kan? Selepas dah menangis tue,ada lah slot bersama fasi untuk sharing dioraong punya problem ke cerita apa – apa ke,tak kisah…seronok sangat malam tu.. hehe….Dan hari terakhir,hanyalah persiapan untuk majlis perasmian penutup kem inspirasi minda.Sedih tak terkata lah waktu ini,memang itulah rasanya setiap program pada hari terakhir program…Sewaktu aku makan tengahari dengan diorang,diorang ada cakap “abg..abg…saya dah pernah pergi program yang buat menagis – menagis nie…tapi,saya tak pernah pon rasa nak menangis,tapi entah kenapa semalam air mata saya menitik – menititik”.Seronok sangat bersama dengan pelajar – pelajar dari Kolej Vokasional ini khusunya Kolej Vokasional Batu Pahat.

Gambar Sekitar di Kem Inspirasi Minda Di Kolej Vokasional Batu Pahat



Bersama dengan kumpulan aku : kumpulan "siapa aku"
























No comments:

Post a Comment

Jemput komen =)...please leave a comment =)