Pages

Tuesday, January 28, 2014

Kem Inspirasi Minda : Kolej Vokasional Batu Pahat

Bismillahirahmanirahim….pada 23 januari 2014 aku dan rakan – rakan dari The Inspirational Project telah mengadakan Kem Inspirasi Minda bil 1/2014 di Kolej Vokasional Batu Pahat(KVBP).Kem ini melibatkan 160 orang pelajar dari tahun 2 di KVBP ini.Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam iaitu pada tarikh 23 – 25 januari 2014.Barisan fasilitator lelaki di tempatkan di rumah warden asrama,manakala fasilitator perempuan ditempatkan di dorm asrama puteri.Pada hari pertama kem ini (25 januari 2014,khamis),agenda pertama yang diadakan ialah pendaftaran peserta.Seterusnya,sesi untuk pembahagian kumpulan.Sebanyak 10 kumpulan yang dibentuk dan seorang fasilitator akan membantu seramai 13 ke 14 orang sekumpulan.Seorang ketua dilantik dari kalangan pelajar ini.Aku mendapat kumpulan yang diketuai oleh Ahmad yang mempunyai 14 orang pelajar.Seterusnya setelah usai pembahagian kumpulan beberapa tugasan diberikan kepada setiap kumpulan,antaranya ialah mencari lirik lagu,menghafal lirik lagu membuat logo dan membuat cheers kumpulan.Kumpulan aku diberi nama “Siapa Aku” nama kumpulan aku ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Suki.Dalam kumpulan siapa aku ini,terdapat 3 orang puteri dan 11 orang putera.Bagi aku kumpulan aku ini happy go lucky,pandai hormat orang tua.Aktiviti yang paling seronok waktu aku tengok diorang main adalah explorace,sebabnya sebelum mereka dilepaskan untuk aktiviti explorace ,aku ada berpesan kepada mereka “Nak menang err?” haha…ada yang “perghh…tue je ayat dia” haha…mereka ini dipecahkan kepada dua kumpulan,kuumpulan A dan B,aku hanya bertemu satu kumpulan jer 7A di checkpoint aku,yang lagi satu aku tak jumpa,sebab mereka memang tak melalui aku punya checkpoint .Setibanya kumpulan 7A di checkpoint aku,aku tanya kepada mereka, dah banyak ke menang?, mereka jawab “1 je yang kalah,yang lain semua menang” …hmm dasyat juga la kan mereka ni. Kan…tapi malanngnya nnasib tak menyebelahi mereka sebabnya mereka dapat tempat ke – 6.Bagi aku,aku gembira jugak,sebab tengok waktu diorang tengah mengharungi cabaran tue penuh komited,bersungguh dan happy jer diorang ni…yang paling penting teamwork yang diorang bina sesama mereka ini amat kukuh.Serius aku cakap,waktu diorang cakap “achik…achik tak menang la,dapat no 6 je” happy sangat waktu tue…entah la kenapa,mungkin sebab tengok muka diorang waktu diorang harungi cabaran tue kot…bersungguh-sungguh! Oh yea! Aktiviti explorace ini dijalankan pada 26 Januari 2014(Jumaat) jam 3.00ptg – 6.30ptg .Pada malamnya aktiviti membina menara impian dan aktiviti muhasabah diri.Aktiviti ini melibatkan para pelajar untuk mengenang jasa ibu bapa mereka.Hmm…aku tengaok kumpulan aku waktu tue,semua menangis la kan,saying jugak diorang kat ibu bapa diorang yea…eh..mesti lah sapa tak saying ibu bapa kan? Selepas dah menangis tue,ada lah slot bersama fasi untuk sharing dioraong punya problem ke cerita apa – apa ke,tak kisah…seronok sangat malam tu.. hehe….Dan hari terakhir,hanyalah persiapan untuk majlis perasmian penutup kem inspirasi minda.Sedih tak terkata lah waktu ini,memang itulah rasanya setiap program pada hari terakhir program…Sewaktu aku makan tengahari dengan diorang,diorang ada cakap “abg..abg…saya dah pernah pergi program yang buat menagis – menagis nie…tapi,saya tak pernah pon rasa nak menangis,tapi entah kenapa semalam air mata saya menitik – menititik”.Seronok sangat bersama dengan pelajar – pelajar dari Kolej Vokasional ini khusunya Kolej Vokasional Batu Pahat.

Gambar Sekitar di Kem Inspirasi Minda Di Kolej Vokasional Batu Pahat



Bersama dengan kumpulan aku : kumpulan "siapa aku"
























Thursday, January 23, 2014

Projek Akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal:Automatic Honey Extractor Machine (A.H.E)

Bismillahirahmanirahim...syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA dapat kami  menyiapkan projek akhir untuk diploma kejuruteraan mekanikal.Untuk pengetahuan juga dalam bidang pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal subjek Projek Kejuruteraan memang wajib di ambil sebgai syarat untuk bergraduasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Hasil inspirasi dan idea daripada penyelia aku En Najib bin Janon,mecadangkan kami untuk membuat Mesin Pengestrak Madu Automatik ataupun Automatic Honey Extractor Machine (A.H.E) ,maka aku dan kumpulan aku bertungkus lumus untuk menyiapkan A.H.E ini dengan pelbagai cambahan idea dari ahli aku sendiri.Mesin ini menggunakan prinsip daya empar iaitu centrifugal force untuk meengeluakan madu dari sarang madu.Bermula dengan 3 lakaran rekabantuk,selepas mengambil kira beberapa faktor yang perlu di elakkan untuk tidak menjejaskan kecekapan fungsi mesin maka lakaran akhir daripada 3 tadi dipilih untuk dibangunkan di dalam persisian solidwork2011.
Berikut Merupakan tiga lakaran yang telah dibuat. : 



Lakaran 1















Lakaran 2 :Pandangan atas dan pandagan sisi

Lakaran 2 : Pandagan Hadapan







































Lakaran 3 : Pandagan hadapan
Lakaran 3 :Pandangan sisi


















Lakaran 3 :Pandagan atas




Akhirnya,lakaran 3 menjadi pilihan dan ianya dibangunkan di dalam perisian solidwork2011.Berikt merupakan rekabentuk yang terhasil daripada solidwork2011 :



Konsep Utama: A.H.E

















A..H.E

Selepas lakaran tadi dibangunkan di dalam solidwork2011 maka proses fabrikasi bermula.Selepas terhasilnya A.H.E, ujian Rotation per Minute(RPM)  dijalankan,Ujian ini adalah untuk menguji kelajuan putaran per minit terhadap sistem automatik dan manual dan mebandingkan RPM  untuk kedua - dua sistem tersebut.

A.H.E yang telah siap : -

Automatic Honey Extractor Machine(A.H.E)


Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sekumpulan aku kerana membantu dan bersama - sama menyiapkan Projek Akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada penyelia projek kami En Najib Bin Janon kerana banyak memberi tunjuk ajar....dan tidak lupa juga kepada rakan - rakan seperjuangan dan ibu bapa kami yang banyak membantu dalam menyiapkan projek akhir ini dan terima kasih juga kepada pensyarah - pensyarah yang banyak mebantu kami dalam penghasilan A.H.E ini.Maaf diri ini seandainya ada terkurang atau terkasar bahasa atau tersilap cara.


Sekitar Majlis Karnival Inovasi Pusat Pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal



Penyelia tengah tengok sama ada dah repair
ke belum yang dia suruh sebelum ...

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 1

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 2

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 3

Lawatan Dekan Pusat Pengajian Diploma di booth kami 4

Bersama Penyelia Projek dan Ahli Kumpulan
Dari kiri:Shaiful Yusra,Asyraf Fadzil,En Najib,Iqmal Fazli,
Da'i Shukri


Video untuk operasi A.H.E :

Broken English
Sekian sahaja,jumpa lagi di lain posting....:D 


Friday, January 17, 2014

Tamatlah Sudah :Diploma Kejuruteraan Mekanikal :)


Alhamdullilah..segala puji bagi Allah,pencipata sekalian alam...Dengan berakhirnya peperiksaan bagi subjek kejuruteraan industri semalam (16/01/2014) maka tamatlah pembelajaran aku untuk Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,Batu Pahat,Johor.Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga,warga pendidik,rakan - rakan dan kepada semua yang menolong dan mendoakan aku ketika susah mahupun ketika aku senang secara langusung ataupun tidak,moga kalian dalam rahmat tuhan.Impian ini amatlah sukar untuk dikecapi tanpa pertolongan Illahi dan orang sekeliling aku.Tempoh selama 2 setengah tahun untuk menghabiskan perjuangan diploma bukan lah satu jangka masa yang lama,tetapi yang pasti selama 2 setengah tahun itulah banyak kenangan dan memoir yang terukir bersama rakan - rakan tercinta.Dari awal semester 2011/2012 kita bertemu sehinggalah ke tarikh penghabisan pengajian diploma 2013/204 .Ramai yang membantu,ramai yang memberi sokongan dalam penngajian aku ini.Selepas peengajian ini aku sedar ada antara kita yang akan sambung pengajian dan mungkin juga akan berkerja.Sungguhpun begitu kenangan bersama rakan - rakan tercinta tidak akan dilupakan kengan ini amatlah berrmakna sebagai perencah kehidupan.Aku memohon maaf sekiranya aku terkasar bicara,tersilap  cara dan tingkah laku aku tidak menyenangkan sesetengah pihak selama pengajian ini,aku hanyalah seorang manusia biasa yang mempunyai banyak salah dan silap.Akhir kata dari aku selamat maju jaya buat rakan - rakan yang akan menempuh alam baru.Moga- moga ukhwah yang terjalin ini akan kekal sehingga akhir hayat.Kenang daku dalam doa mu!! Assalamualaikum..






Malam Anugerah Pelajar KKTSN


Rehlah @ Bekok

Kelas Terakhir

Kelas Terakhir

Ketiga Dari kanan org first kenal!!












Orang Kata kembar?



Bicara Kampus

Kongress Kepimpinan

Rumah Terbuka Zon Selatan sempena CNY 

Rumah terbuka di rumah key-la

Debat Persahabatan antara kolej kadiaman






























Peperiksaan Akhir yang terakhir