Assalamualaikum...hmm berdekad tak buat posting,,,kali nie aku ingin membuat posting pasal adik - adik yang berada di kolej vokasional khusussnya di kota tinggi.Tujuan aku buat posting ini adalah untuk aku jadikan coretan yang membuka mata aku terhaddap adik - adik yang berada di seklah vokasional ini.Aku boleh berada disini apabila ada program Kem Inspirasi Minda(KIM) yang berlangsung pada 28.29 dan 30 jun 2013 bertempat di Kolej Vokasional Kota Tinggi,Johor.Aku bersama-sama fasi yang lain 20 orang kesemuanya dan jumlah pelajarnya adalah sekitar 230 orang pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun ini.Mereka ini merupakan batch yang terakhir yang akan menghadapi SPM di sini.Sebelum aku datang ke sini sebenarnya aku ingin melihat oleh orang-orang yang kata "ekh,vokasional,mereka fokus pada kemahiran sja,theori down","kemahiran?budak dia nakal-nakal la semua" dan bermacam - macam lagi tomahan yang ak dengar terhadap kolej vokasional ini.Setelah aku bereda di sini selama 3 hari 2 malam,apa yang aku dengar tak sama dengan apa yang aku lihat!mereka ini mempunyai jiwa - jiwa yang sangat mudah untuk disentuh.Aku dan fasi Amir mendapat kumpulan 3 yang mereka gelar kumpulan ini "White Tiger".Apa yang aku lihat khussnya ahli kumpulan di dalam group aku yang diketuai oleh Ajis(kalau aku xsilap) mereka sangat mempunyai azam dan cita - cita yang tinggi apabila mereka ini disuruh untuk menyelesaikan satu - satu tugasan.Cumanya mereka ini cepat merasa "down" apabila tugasan yang mereka dapat itu tak dapat diselesaikan.Mereka ini perlukan bimbingan yang betul untuk mereka rasa penuh semangat jika sesuatu tugasan itu tidak dapat di selesaikan.Dan aku pasti apabila mereka ini mendapat dorongan yang betul mereka akan menjadi lebih hebat.Bukan sahaja mereka boleh menguasai kemahiran tetapi dari segi theori sesuatu subjek.Mereka ini juga senang untuk berkongsi masalah dengan seseorang,di dalam kem inspirasi minda ini ada satu slot yang dinamakan "Sharing is Caring(SIC)".SIC ini,mereka disuruh untuk berkongsi cerita pada jam 12.00 malam sehingga ke 1 pagi tentang apa sahaja yang mereka ingin berkongsi dari segi pelajaran,keluarga dan sebagainya kepada fasilitator yang mempunyai pelagai latar belakang.Tidak kira lelaki atau perempuan mereka ini sangat - sangat mudah untuk berkongsi masalah mereka walaupun mereka baru kenal 1 hari!sungguh aku tak sangka,pelbagai masalah diorang,aku lebih bernasib baik dari mereka sebenarnya apabila mereka menceritakan pada aku pasal masalah diorang.Sungguh tersentuh jiwa aku apabila mendengar cerita - cerita mereka.Mereka mempunyai semangat yang sangat kuat untuk teruskan perjalanan hidup mereka dengan menimba ilmu."adik - adik,pesan achik satu sahaja,walaupun apa masalah yang korang hadapi,ingat masih ada yang kurang bernasib baik daripada kita,hanya ilmu yang dapat membantu adik-adik".Itulah sebenarnya adik - adik yang berada di kolej vokasional ini,muka mereka nampak kental tapi hati mereka sangat mudah untuk terusik.Untuk group aku nie aku suruh panggil aku "Achik" supaya lebih mesra!hmm....kaum wanita pula terdapat juga di kolej vokasional ini tetapi meteka ini merupakan golongan minoriti di dalam kolej tesebut.Masalah golongan perempuan apa yang aku dapat lihat ialah mereka tidak berani untuk menyatakan idea mereka terhadap sesuatu tugasan kata mereka idea mereka selalu ditentang oleh lelaki.Itu menyebabkan mereka tidak berani untuk merekaa menyatakan idea mereka.Itu sahaja coretan yang aku ingin coretkan disini.Kenangan ini sangat indah !sungguh aku tak kan lupa apa yang berlaku semasa berada di Kolej Vokasional Kota Tinggi!Beberapa gambar aku letakkan di sini untuk tatapan!
dua jer gmbr yga ada...huhu
Antara mesej yg aku te
rima selepas program : -
Mesej 1 :
"Assalamualaikum abg achik ini H****,H**** nk jadi kan abg acik sbgai titik permulaan untuk hisyam berjaya,terima kasih ats nasihat abg acik."
Mesej 2:
"Patutnya adik yg kena mintak maaf sbb berikan pendapat sendiri sebelum mengenal abg"
Mesej 3:
"hee...Achik...nk tnya skit bole?Mse SPM sejarah achik dpt gred ape?"
Mesej 4:
"Awlnya smpai..acik buat blik senyap2 jew eh...ish xptot btl!td ada nyanyi2 dgn fasi Aimi ase nk ngez...tp tahan jew,cari acik jew dah xde"
Pesan achik :
"Good Luck untuk adik - adik di kolej vokasional kota tinggi!semoga kamu jadi insan yang berjaaya di dunia dan di akhirat nnti!doa achik akan sentiasa ada untuk adik - adik di kolej vokasional ini..salam sayang dari achik!
No comments:
Post a Comment
Jemput komen =)...please leave a comment =)