Pages

Thursday, July 11, 2013

Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID)

Assalamualaikummm.....Selamat menyambut ramadhan al-mubarak...moga puasa penuh yea kali ney...hmm..actually PROKID ney dah dijalankan pada hari jumaat sehingga ahad yang lepas iaitu pada 05 - 07 Julai 2013 bertempat di SMK.Lokman Hakim di kawasan Felda Lock Heng Barat.Program ini dibawah kelolaan Universiti Teknologi Malaysia(UTM).Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) yakni merupakan penaja untuk program ini menyuruh untuk melibatkan Institut Pengajian Tinggi di sebelah utara.Oleh kerana itu,Universiti Tun Hussein Onn(UTHM) dan Politeknik Ibrahim Sultan telah dipelawa oleh UTM untuk bersama - sama menjayakan program PROKID ini.Ini merupakan siri ke-5 program ini diadakan dibawah kelolaan UTM dan ini merupakan kali pertama UTM melibatkan IPT di zon selatan.Program ini bertujuan untuk membantu adik - adik yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meringankan masalah yang terbuku di hati mereka dengan  kata lain kita ingin menyingkap rahisa adik - adik ini bagi meringankan beban mereka.Program ini dijalankan di dua buah sekolah secara serentak iaitu di SMK Jaafar Alba dan di SMK.Lokman Hakim.Kedua - dua sekolah ini melibatkan pelajar yang bakal menghadapi SPM tidak lama nanti.Aku di tempatkan di SMK.Lokman Hakim,aku bersama fasi izwan mempunyai seramai 8 orang pelajar.Kumpulan aku yang dapat ini alhamdullilah baik - baik belaka.Cuma nya aku rasa diri aku yang bermasalah di sini.Waktu tue tekak aku sakit dan memang aku nie jenis diam pulak so aku tak bnyak borak dengan diorang terutama baik lelaki mahupun perempuan.Ini merupakan sekolah yang ke - 5 aku pergi untuk ada program seperti ini  dan di sekolah ini lah baru aku perasan akan kelemahan diri aku.Bila fasi dah diam dan group aku sendiri pon xbnyk bercakp aku rasakan macam bonding antara aku dan mereka cukup - cukup lemah dan baru aku sedar 4 sekolah yang seblum ini aku pergi aku just bantu diorang untuk siapkan Latihan Dalam Kumpulan(LDK) bukan untuk mencipta satu bonding  yang kukuh antara diorang.Tetapi di sekolah lain alhamdullilah aku masih contact  sehingga ke hari ini.Tetapi untuk sekolah SMK.Lokman Hakim ukhwah aku dan mereka hnya terhenti di sekolah itu sahaja.Esok nya aku balik seperti yang telah aku jangkakan tak ada sebarang sms @ friend request pon yang aku terima.Aku tidak menyalahkan mereka tapi kini aku sedar untuk next  program aku harus mencipta satu bonding yang kukuh antara diorang.Tetapi walau apapun aku tetap mendokan kejayaan mereka di dunia dan akhirat khususnya untuk SPM yang bakal menjelang.Terima kasih untuk SMK.Lokman Hakim kerana menyedarkan aku dari kekilafan ini....

No comments:

Post a Comment

Jemput komen =)...please leave a comment =)