Pages

Monday, November 28, 2011

CiNTa???

Assalamualiakum...seperti yang tertera diatas hari ini aku ingin berkongsi tentang 'CiNtA'.Walaupun aku tidak sebegitu banyak pengalaman dalam bidang ini akan aku terapkan sebaik mungkin apa yang aku ketahui mengenai topik ini.Cinta,ramai yang memperkatakan tentang cinta namun sejauh manakah penhayatan mereka terhadap cinta...Cinta ini adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada setiap hambanya.Oleh hal yang demikian kita sewajarnya menjaga anugerah yang Allah berikan terhadap hambanya iaitu kita semua.Seharusnya kita menjaga persaan itu dengan baik sekali...Boleh kalian bayangkan jika perasaan ini tiada dalam diri manusia?cinta tidak semsetinya pada couple sahaja..kita boleh ada perasaan cinta terhadap Allah s.w.t,Rasul-Rasul,ahli kelurga,kawan-kawan dan semuanya.Cinta terhadap couple kerana Allah s.w.t itu aku tidak pasti boleh ke tidak kalau macam tu...aku tidak berani untuk mengulas lebih kanjut dari sini.Tapi bagi pandangan aku la,memang sudah menjadi firah kejadian manusia berpasang-pasangan,yang lelaki akan tertarik pada perempuan dan yang perempuan akan tertarik pada lelaki.Oleh yang demikian,kita sebagai manusia yang lemah harus menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Jadi bagi aku couple tiada masalahnya kalau dijaga batas dan pergaulan antara seorang lelaki dan perempuan.Aku sendiri pon pernah couple tapi masa tue aku tidak berapa nak matang lagi...jadi couple hanya suka-suka...tpada waktu itu tidak mengerti erti cinta yang sebenar..Jika kita lihat cinta itu lahirnya dari hati,jadi jikalau cinta itu tidak lahir dari hati...ia benar-benar akan berlandaskan nafsu semata-mata...cinta juga tidak terhad untuk couple sahaja...asal bercerita tentang couple mesti korang ingat utk couple kan?kalau begitu yang korang sangkakan korang harus membuka minda korang agar faham apa yang dimaksudkan dengan cinta sebenarnya...setelah korang faham apa yang ada pada cinta sama ada keburukan dan kebaikan korang cuba korang menghayati apa yitu yang dinamakan 'cinta'...barulah hidup ini akan sentiasa ceria dengan hubungan yang dijalinkan jika korang benar-benar menghayati erti cinta....setakat ini sahaja entri aku..jumpa lagi di entri berikutnya :)

Friday, November 25, 2011

NiLai sEorAng kAwAN

Assalamualaikum....apa khabar pembaca yang setia?harap-harap baik belaka.Hari ini aku ingin ceritakan sedikit mengenai kawan.Entri inni dibuat kerana.......hahaha...korang fikir- fikir la kenapa aku buat entri ni...huhu...entri ini mengenai kawan....korang tahu ke apa makna kawan?bagi aku kawan ada banyak jenis,tidak kenal usia tidak kenal jantina tapi harus kenal batas pergaulan supaya nanti kawan itu boleh membimbing kita ke arah kebaikan dan jalan yang Diredhai oleh-NYA.Orang kata kawan untuk suka-suka senang kita cari,tapi kawan yang betul2 dapat membantu kita baik halperibadi mahupun tidak itu jarang-jarang sekali ada...kawan suka - suka ke kawan rapat ke tapi tetap kawan yang membezakan adalah perilaku.Kedua-dua mereka harus dihargai dengan seadanya yang mana baik kita ikut,yang mana tidak berapa baik kita nasihatilah antara satu sama lain.Kita harus ingat kedua-dua kawan ini tidak kekal selamnya maksud aku suatu hari pasti pergi meninggalkan kita...Oleh itu,sebelum mereka pergi untuk selamnya mahupun sebentar sahaja menyepi dalam hidup kita kita haruslah berbuat sesuatu untuk belia walaupun itu hanya untuk jangka masa yang tidak berkekalan tetapi kita haruslah berbuat agar memori itu akan terpahat sampai bila-bila...Jadi bila teman rapat pergi meninggalkan kita,kita pasti ingat akan memori yang ditinggalkan oleh beliau....Aku bukan bermaksud untuk biarkan teman setia pergi selamanya...tetapi itu adalah lumrah kehhidupan manusia setiap yang hidup pasti akan mati.Aku juga bukan bermaksud jika fikirkan dia meninggal barulah terkenang segala memori-memori itu tetapi maksud aku adalah bila dia sudah pergi di depan mata kita....yang tinggal hanyalah memori...tetapi teman setia pasti akan tetap berhubung walaupun dimana dia berada.tetapi kita hanya mampu merancang ynag mentukan adalah Allah s.w.t.Ohh aku lupa untuk terangkan menganai teman setia bermaksud dia pasti akan menemani kita walaupun dimana kita berada....tidak mengira waktu senang ataupun susah.Teman setia juga boleh ditakrifkan sebagai sahabat sejati.Aku dulu tidak pernah mempunyai teman sejati maksud aku bukan kawan tetapi teman sejati...memang sukar untuk mencari teman diwaktu ini aku tidak mahu membuat apa-apa konklusi kerana jika aku buat sekarang disuatu masa nanti pasti aku akan menemui kekecewaan,jadi biarlah masa dan Allah yanng menentukan segalanya....pesanan aku untuk pembaca entri aku dan seluruhnya:hargai lah rakan anda baik dia susah mahupun senang...maafkan aku seandai aku terkasar bahasa tersilap bicara...

Sunday, November 20, 2011

Debat Piala Naib Canselor

Bismmilahirahmanirahim,Alhamdullilah ketemu lagi kita di entri kali ini.Pada entri kali ini aku ingin menceritakan tentang Debat Piala Naib Canselor yang diadakan pada 19/11/11 hingga 20/11/11.Orang lain tengah sibuk membualkan isu bola manakala aku yang tak berapa minat dengan bola ingin mencertitakan tentang Debat Piala Naib Canselor yang diadakan beberapa hari yang lalu sekitar perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tetapi walaupun tidak begitu minat bola aku ucapkan tahniah kepada harimau malaya kerana menang menentang indonesia.Usul yang disidangkan pada pusingan pertama adalah Kuasa Veto Perlu Dihapuskan Demi Palestin. 4Disidang ini kami berada di bilik sidang 4(kalau aku tidak silap) menemukan pasukan swing(senior-senior).Kitaorang lawan senior..mahu tak gugur jantung kita orang tetapi setelah juri mengumumkan siapakah pemenangnya kami agak terkejut kerana kami berjaya mengalahkan senior.Namun begitu kami tidak begitu selesa dengan kedudukan yang kami capai kerana banyak lagi persaingan yang hebat bakal kami tempuh.Setelah memenangi dipusingan pertama kami melangkah pula ke pusingan kedua yang berbicara mengenai sosial iaitu Pemansuhan PPSMI Satu Langkah ke Belakang.Disidang ini kami tewas dengan Pelajar Tanpa Asrama(PTA) selaku kerajaan disidang tersebut manakala kami merupakan wakil dari Kolej Kediaman Tu Syed Nasir(KKTSN) selaku pembangkang .Kami beralih pula kepada pusingan ketiga iaitu Bola Sepak Malaysia:Ibarat Mencurah Air ke Daun Keladi.Disini kami bertemu pasukan yang mewakili Kolej Kediaman Tun Fatimah(KKTF) dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismaik(KKTDI).Dipusingan ini kami selaku kerajaan manakala KKTF dan KKTDI pula selaku pembangkang.Kami memenangi pusingan ini dan layak untuk memasuki separuh akhir.Aku agak khuatir dsengan kemampuan aku apabila aku dapat tahu kami layak untuk memasuki separuh akhir.Usul yang dibahaskan pada separuh akhir ini ialah Pembinaan Negara Bangsa:1 Malaysia Jawapan Terbaik.Kami selaku barisan pembangkang sekali lagi bertemu dengan pihak lawan yakni kerajaan daripada PTA.Kami agak takut juga kerana telah tewas ditangan PTA pada pusingan kedua.Namun begitu kami teruskan perjuangan kami,Alhamdullilah usul telah ditolak dewan dan akhirnya kami berjaya sekali lagi untuk memasuki peringkat akhir.Agak berdebar sungguh jantung hati aku ketika itu,rakan-rakan sepasukan aku juga turut merasai debaran itu.Diperingka akhir kami deberikan usul AUKU DAN ISA:Kembar Tapi Tak Serupa.Kami selaku perwakilan pembangkang manakala PTA1 merupakan kerjaaan.Sekali lagi nasib menyebelahi kami,usul pada ketika itu ditolak dewan.Alhamdullilah KKTSN dinobatkan sebagai Johan,Aku cukup gembira dengan pencapaian itu,walaupun aku masih tergagap-gagap,terkapai-kapai.Ini permulaan yang Untuk Diriku :)

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pss SMKP 2011

Assalamualaikum....di entri kali ini aku ingin menceritakan tentang Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas PSS SMKP 2011.Majlis ini diadakan pada 9/11/11.Aku sebgai mantan pengawas PSS juga dijemput ke Majlis ini...huhu...Kamiu berkumpul di dewan terbuka pada jam 12.30 tghari manakala kami bertolak ke restoran chengmai pada jam 1.00 tghari.Kesemua ahli rombongan majlis ini adalah seramai 55 orang kalau ingatan aku masih baik...huhu..Sepanjang perjalanan memang jalan pun jem dengan dalam bas ada yang kongsi tempat duduk.macam-macam gelagat ada dalam bas sebelum samapai...Setibanya kami di restoran chengmai sdn.bhd    Pengetua SMKP,guru-guru kanan,kaunselor,umi Adriyanti Che Din telah pun terpacak disitu.Pn Harlina serta guru-guru pss yang masih belum tiba menyuruh kami memulakan Majlis tersebut.Majlis tersebut dipengerusikan oleh Izzat Aqil dan Amirah Zainuddin.Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Mohd Nur Faisal.Setelah selesai membaca doa majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh pengerusi pss,Nornatasahuda bt che abdul aziz.Seterusnya diserikan lagi dengan ucapan daripada puan pengetua dan setelah selesai ucapan pengetua.Hadirin dan hadirat dijemput makan.Selesai makan majlis disambung lagi dengan cabutan 10 nombor bertuah.Dimulakan cabutan dari Pn Harilina bt Ismail seterusnya PKP,Tg Normah Tg Yaacob dan akhir sekali adalah puan pengetua.Setelah seleesai pemberian hadiah cabutan bertuah serta pemberian penghargaan tokoh nilam dan guru-guru pss.Kami bertolak pulang...Sebelum sampai di SMKP kami singgah solat zohor di masjid..........................................aku tak ingat nama masjid  itu.....huhuhuhu...setelah selesai kami bertolak pulang...sebelum pulang ada lah karoke sikit-sikit kat dalam bas adalah sikit-sikit yang dinyanyikan oleh budak lelaki yang berada kat depan tue..walaupun tiada tempat duduk,tempaat duduk kongsi-kongsi...semua itu hilang bila dah jadi macam nie..haha...seronok sangat hari itu..tengok juni0r-junior aku...huhu...terima kasih untuk semua pengawas pss 2011 :)

Majlis Izin Ilmu SPM 2011

Bismillahhirahmanirahim,
Assalamualaikum....Berjumpa lagi kita dienrtri kali ini.Dientri kali ini aku ingin menceritakan tentang suasana Majlis Izin Ilmu SPM 2011 yang berlangsung pada pagi tadi bertempat disekolah lama aku yakni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP).Majlis ini diadakan adalah untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi SPM bagi memohon kebenaran dari guru-guru yang mendidik mereka dengan kata lain menghalalkan ilmu-ilmu yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar SPM (bagi aku la).Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Tuan Ahmad Ahnaf setersnya ucapan dari wakil pelajar SPM untuk meberikan ucapan iaitu Amrin Hidayat.Aku tak berapa nak dengar la ucapan Amrin,sebab itu la aku tidak mengulas apa yang Amrin  ucapkan...huhu...Seterusnya,majlis itu diteruskan lagi dengan ucapan dari Umi Soriana Yaakob.Dimana ucapannya menyentuh mengenai sikap pelajar dan sekali gus untuk merangsang pelajar supaya bersemangat untuk mengecapi kejaayaan.Ucapan cikgu Soriana Yaakob sangat menyayat hati pelajar-pelajar SPM SMKP.Pengetua memberikan sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar SPM supaya berjaya dalam SPM ini.Acara kemuncak majlis ini diserikan dengan acara bersalam-salaman dengan guru-guru supaya menghalalkan ilmu yang diberi.Dimana acara ini dapat menyentuh para pelajar dan disitu dapatlah aku saksikan air mata yang mengalir dipipi-pipi calon SPM...haha...teringat waktu aku menghadapi SPm pada tahun lepas aku juga pernah mengalami situasi seperti mereka.HaHahha....Tidak usahlah aku nak cerita panjang benda ni..huhuhu..Pelajar perempuan paling beremosi ketika ini...banyak air mata yang berguguran namun sebaliknya pelajar lelaki hanya memandang sinis agenda seperti ini namun tidak semua begitu ada juga yang kesal dengan perbuatan mereka tapi mereka tidak mampu untuk menyatakan mereka kesal dengan air mata.Memang payah untuk seorang lelaki menangis.Namun pandangan yang kesal itu tadi sudah mencukupi untuk menyatakan mereka memang kesal dengan perbuatan mereka .Ada juga yang macam menagmbil mudah majlis yang diadkan seperti ini.Aku tidak faham dan aku tidak mengerti kenapa lelaki payah menangis...adakah hati mereka kuat?ataupun mereka memang nak menangis tapi takut diketawakan?takut nanti ada suara-suara meyindir?kenapa mereka harus fikirkan orang lain sebelum mereka memikirkan diri mereka dahulu?tidakkah terdetik dihati mereka untuk mengambil kesempatan ini memohon maaf dengan guru-guru seandai ada terkasar bahasa tersilap bicara."hahaha....kau menagis??"lontaran dari seorang kawan....tidak kah kau bisa melawan kata-kata ini.Bagi aku lah kita menangis bukan kerana kita lemah..tetapi kita harus sedar bahawa terlalu banyak dosa dan noda yang telah kita lakukan...kamu mampu buktikan bahawa kamu tidak mempunyai sebarang silap yang di lakukan?secara langsung mahupun tidak langsung?kamu mampu?kalau aku ditempat kamu pasti aku tidak mampu membuktikkanya.Akhir kata dari aku aku ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011,bawalah pulang kejayaan yang dimpi oleh guru-guru mu,ayahmu,ibumu mahupun keluargamu....see u di ipt :) wish you all the best for the spm....






p/s:bagi melihat suasana majlis ini sila jadi rakan aku di facebook.bagi yang dah jadi rakan aku kome tak reti-reti ke nak bukak album tue?huhuhu

Saturday, November 5, 2011

Disleksia

Asslamualaikum...apa khabar semuanya?diharapkan sempena hari raya haji ini semua dalam keadaan baik-baik belaka.Kepada ya ng aklan menjalani ibadah korban esok hari diucapkan selamat menjalani ibadah korban.Semoga ibadah yang dijalankan itu mendapat keredhoaan Allah s.w.t.Ha!di entri kali ini aku hendak menceritakan tentang penyakit disleksia ini.Timbul untuk membuat entri ini adalah baru sahaja aku layan hindustam tajuk aku tak ingat tapi tajuk kecil cerita itu adalah "every child is special".Di dalam cerita ini Ishaan merupakan watak utama dimana pada mulanya beliau sekolah disekolah biasa yang tidak menetapkan pelajarnya menduduki asrama.Sewaktu disekolah itu Ishaan selalu berangan-berangan  tanpa menumpukan perhatian terhadap apa yang gurunya sedang mengajar.Ishaan juga seorang yang kuat berimiginasi dan beliau mempunyai bakat untuk melukis.Setelah kritikan daripada guru-guru kepada keluarganya,akhirnya bapanya membuat keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama.Pada hari pertama sekolah itu Ishaan agak kekok dengan suasana itu.Tidak seperti beliau berada dirumahnya.Dimana kalau dirumah Ishaan diasuh oleh ibunya.Tetapi beliau terpaksa menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.Perwatakan Ishaan adalah beliau seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan orang sekeliling.Namun teman baik dikelasnya Rajan selalu menemaninya sewaktu ke kelas seni,sewaktu di dalam kelas.Ishaan didapati menghidap disleksia apabila guru baru seni itu melihat corak kesilapan yang dilakukan oleh Ishaan.Guru seninya membincang dengan pengetua tentang masalah yang dihadapi oleh Ishaan namun pengetua sekolah tersebut hendak menghantar Ishaan di sekolah pendidikan khas.Namun demikian,dibantah oleh guru seninya kerana Ishaan merupakan seorang pelajar pintar sebenarnya.Semangat kegighan,ketabahan dan kerjainan yang ada pada guru seninya membuatkan Ishaan berubah menjadi seperti kanak-kanak normal.Begitulah sinopsis cerita yang aku lihat tadi.Agak menyayat hati jugak.Berbalik kepada entri aku,apa maksud penyakit disleksia ini?pada asalnya Disleksia ini berasal daripada perkataan Yunani iatu dyn bermaksud susah dan lexia.Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan salah satu ganguan pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.Lazimmnya mereka yang mempunyai disleksia mempunyai masalah untuk mengeja,membaca,menulis dan mengira.Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah untuk membaca dan mengira walaupun daya pemikiran mereka adalah normal.Golongan ini bukakkan mereka yang menghadapi kecacatan.Sestengah daripada mereka mepunyai disleksia susah untuk menyebut perkataan yang panjang dan sukar untuk mempelajari sifir.Setiap orang yang menghidap disleksia tidak serupa dengan sesorang yang menghadapi dengan sesorang yang menhadapi masalah disleksia.Perkara ini adalah berbeza dengan orang yang menhadapi Afasia.Secara kesimpulannya disleksia bermakna kesukaran untuk berhubung dengan kata-kata tdan simbol-simbol tulisan.Kanak-kanak yang mempunyai disleksia bukan golongan yang bodoh.Daripada kajian-kajian yang didapati mereka tidak mempunyai masalah dari segi penglihatan mahupun pendengaran.Simtom-simptom kanak-kanak itu mempunyai disleksia ialah:

1.Boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk
3.Ketika membaca sering mengurang dan menambah sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu huruf tertenutu caontohnya 'd' dianggao 'b','p'dianggap 'q'
5.Perhatian mudah tergangu dan sukar untuk menghabiskan sesuatu kerja.
6.Cenderung menjadi impulsif tanpa memikirkan orang lain
7.Sering berlaku dikalangan lelaki
8.Kerap berlaku kepada kanak-kanak yang kembar,lahir tidak cukup bulan,anak yang lahir daripada pasangan yang berumur serta kanak-kanak yamg pernah mengalami kecederaan dikepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingaa dewasa

Friday, November 4, 2011

Cuti Sem hObI aKu kE seKoLah :D

Hmmm....Assalamualaikum...apa khbar para bloggers,blogwalker dan yang termasuk dalam blog ini secara tak sengaja...alang-alang dah termasuk tue baik la baca terus luahan hati aku...eh3...ada ke orang nak dengar??hohoho....ada aku kisah orang dengar ke tak?huhuhuhuhu....Baiklah seperti tajuk diatas,kali ini aku ingin menceritakan tentang aktiviti aku semasa cuti semester antara semester satu dan semester dua...cuti semester aku selama 4 minggu...lama ke tak eh??hmm aku pun kuran pasti la lama ke tak....huhuhuu..macam kejap jer masa berlalu...sepantas kelajuan cahaya...eh ye ke???huhuhu....ambil la speedtrack kira sendiri berapa kelajuan masa tue...habis cerita....huhuhuu....Ha!aktiviti yang kerap aku lakukan adalah aku akan pergi ke sekolah....ada tak orang tertanya-tanya untuk apa aku ke sana?huhuhu...ramai yang tanya...huhuhuhu....antara yang paling kuat tanya semestinyalah nenek aku!!hohoho...apa lagikkk...aku pon jawab saja-saja nak pergi..huhuhu...boleh dikatakan aku setiap hari ke sekolah semasa cuti semseter ini...tapi tak kisah lah orang nak kata aku buat apa pergi sekolah kan?nak jumpa awek ker,nak buat tue ke,nak buat ni ke,hmm suka hati aku lah...It's my life as long i'm not make a mistake right?.Hmm...nak tahu apa ynag tertarik perhatian aku untuk aku datang sekolah saban hari?dah tue balik la jam 5.00 petang datang kat sekolah jam 8.30pagi?antara sebabnya adalah satu sekolah ini ada kemudahan wifi.HaHAHAHA...itu bukan motif utama aku..hmm motif utama aku ke sekolah adalah aku ingin menghilangkan bosan berada kat rumah..huhuhu...sekurang-kurangnya bila aku datang sekolah boleh jugak bantu-bantu cikgu-cikgu yang memerlu khidmat aku...wahhhh gituuueee...huhuhuhu...Terutama membantu organisasi aku..opssss silappp bekas organisasi... :( ....huhuhu....aku masih lagi memberikan bantuan appa yang aku patutu buat kat organisasi aku...Dulunya aku adalah pengawas perpustakaan kat sekolah aku...jadi bekas oraganisasi aku adalah......................tak kan nak aku jawab kot??jawab la sendiri...huhuhuhu...Didalam aku membantu itu jugak aku tertarik beberapa situasi disekolah dengan gurunya,pelajar-pelajar.,mak cik kantin,pekebun-pekebun,pengawal keselamatan,pembantu makmal dan sebagainya la...semuanya ada peranan masing-masing...guru peranannya adalah mendidik manakala pelajar pula tugasnya adalah belajar.Namun begitu,ada jugak yang mengaibaikan tugas-tugas itu...disini aku bukan maksudkan guru-guru...tapi adalah pelajar-pelajar yang selalu leka dengan persekitaran.Aku ada ternampak ada diantara pelajar-pelajar yang tidak berbuat apa-apa yang disuruh oleh cikgunya..sedangkan rakan sekelasnya tengah asyik menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.Hmm mana tugas sebagai pelajar?sedangkan gurunya telah menjalankan tanggungjawabnya...tanggungjawab kita sebagai pelajar adalah belajar.Situasi yang kedua pula adalah satu kelas tidak macam kelas aku kira...mana taknya...boleh pulak diorang main-main dalam kelas tu...aku rasa diorang ini masih tak boleh lupakan zaman kanak-kanak diorang sebab tue lah diorang masih terikut-ikut dengan perangai kebudak-budakan itu....Memang lah perubahan daru darjah 6 ke tingkatan 1 adalah perubahan yang sangat berlainan dari segi fizik,emosi dan rohani.Jika sekwaktu kita darjah 1 hingga 6...pemikiran kita asyik main...main...main....tak sudah-sudah dengan main...tetapi apabbila kita sudah megorak langkah ke sekolah menengah semua itu haruslah berubah juga...pada masa ini kita teruja untuk mencuba segala benda tidak kira baik ataupun buruk kerana pada umur ini remaja akan sukakan hiburan.Tak salah kalau kita nak berhibur tapi jagalah batas-batas hiburan itu....Tapi diorang ini dah tingkatan 2 dah pun sepatutunya mereka boleh menyuasaikan diri dengan perubahan yang berlaku dari segi persekitaran mahupun apajua perubahan yang sedang berlaku ataupun yang akan berlaku...Untuk mempermudahkan ayat-ayat aku yang terbelit ini aku ubah menjadi perkataan yang paling mudah bagi aku iaitu jadilah seorang yang bersikap pra-matang yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidupnya.Namun disituasi itu juga aku lihat seorang insan yang sabar melayani keranah-keranah anak muridnya yang selalu menimbulkan masalah namun kesabaran yang ada pada orang yang bergelar guru mampu mengatasi segalanya.Pun begitu setiap manusia ppasti mempunyai batas-batas sabar itu.Ha!kat sekolah nie jugak aku ada banyak teman..eh teman ke?bukan-bukan boleyh dikatakan sebagai adik la sebab diorang lebih muda daripada aku kan?kat sekolah ada ada umi(kaunselor),tasha,nasuha,hanan,liza,afiq,budak-budak tingkatan 3,budak-budak pengawas pusat sumber dan ramai lagi..... Apa yang istimewa sangat ngan diorang nie?hmm memang diorang istimewa sebab ada je benda yang boleh buat aku gelak tiap-tiap hari...sikit-sikit gelak,sikit-sikit gelak......itu je lah di entri kali ini yang aku nak ceritakan...jumpa lagi di post akan datang.... :)

Tuesday, November 1, 2011

Karnival Jom Heboh 2011

Assalam pembaca blog yang budiman....di entri kali ini aku hendak menceritakan tentang Karnival Jom Heboh 2011(KJH) yang diadakan di kelantan pada 28 dan 29 oktober baru-baru ini.Hmm ...aku pun tidak melepaskan peluang ini...haha,..ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di KJH yang diadakan di tempat kelahiranku,Negeri cik siti wan kembang...haha....hmm Aku pergi pada haru kedua KJH diadkan iaitu pada 29 oktober.Aku tidak pergi pada hari pertama kerana pada hari pertama tue hari jumaat...Lelaki kannn...hmm macam tak best la pulak duduk kejap pastu kena solat jumaat then pergi lagik.Jadi,sebab tue lah aku putuskan untuk pergi hari sabtu.Hah?!hari sabtu?!hmm didalam mindaku ini...pasti ramai yang akan bertandang ke sana.Namun bagi aku tak kisahlah asal aku dapat pergi.Hmm aku bertolak pada jam 9.30 pagi.Aku ingatkan aku nk pergi pada jam 8 pagi.Namun oleh kerana atukku kata waktu tue awal sangat jadi aku pun putuskanlah untuk pergi jam 9.30 pagi.Aku pergi bersama adik-adikku,kesemua ahli rombongan aku adalah 4 orang termasuk aku.Aku adalah yang paling tua diantara mereka.Kami pergi menaiki bas,bas city liner.Aku 4 tiket pergi balik dewasa kesemuanya berjumlah RM18.50 kalau aku tak silap seorang tiket pergi dan balik adalah berharga RM 4.50 errr aku tak ada kalkulator nak darab dengan 4 kamu-kamu semua tolong kira la erk?hehehe...Hmm betul jangkaan aku memang ramai sangat orang kat stesen bas tu,aku rasa majoritinya nak pergi ke KJH tue.Masa aku nak naik bas aku biarkan adik-adikku naik dulu,mana taknya aku tak reti nak bergelumang ngan manusia-manusia untuk naik bas tu..huhuhuu...Bagi aku lah orang Pasir Mas sungguh sopan naik bas,mana tak nya kan dipotong barisannya tu kira sopan la tue erk?ermm ada sorang mamak ni dia potong barisan aku dan bila aku naik bas aku tengok adi-adiku tu sediakan tempat duduk untuk aku manakala mamat yang potong aku tadi tue berdiri disitu walaupun dia naik awal daripada aku.PADAN MUKA!!HAHAHAHAHA betapa sukanya aku masa tu...Bas pun bergerak menuju ke kota bharu.Didalam bas tu memang sempit namun begitu ada lagi ruang-ruang kosong.Aku kira aku sampai ke destinasi jam 10.30 pagi.Aku turun distesen bas kota bharu dan aku berjalan menuju ke perkarangan stadium sultan mahmud ke IV.Wahhhh...agak hangat sambuttanya dengan gerai jualan yang bermula dari tempat pejalan kaki sehhinggalah ke pintu masuk KJH.Setelah aku masuk KJH aku ambil gambar kat banner KJH...haha,..tapi bukan gambar aku,adik-adik aku sahaja.Almaklum la aku yang pegang kamera..huhuhu....Khemah pertama aku menjejakkan kaki adalah khemah mytv3 disitu aku lihat ada pengacara Wanita Hari Ini yang sedang melakukan persiapan untuk berlintas langsung,namun begitu aku tidak tunggu disitu almaklum lah ramai manusia kat situ.Aku pun memutuskan untuk melihat disekitar-sekitar.Pada ketika itu jam menujukkan jam 12 t/hari betapa panasnya cuaca hari itu tambah-tambah dengan sesak orang ramai.Habis badan aku berpeluh macam dah mandi peluh.Aku singgah di khemah buletin utama kelihatan ada pembaca berita disitu...tapi tidak aku ingat nama beliau..huhuuhuhu..bermacam-macam khemah yang ada antaranya mytv3,gerai hotlink,inspirasi tv,gua tv,tonton.com.my,cerekarama,aksi,tv3kids,buletin utama,jacker,dutch lady,maggi,power root,super power,dan bermacam-macam lagi.Artis pun ramai juga yang datang antaranya pelakon-pelakon dalam cerita Cinta Elisya errr aku tak ingat la nama pelakon-pelakon tu..huhuhh...yang aku ingat Fasha Sandha...huhuhuu...aku dapat jumpa beliau di khemah cerekarama...Wow..bersesak2 orang namun dengan bantuan adikku yang chilik itu aku dapat mencelah masuk kedalam dan akhirnya berada didepan walaupun terpaksa merempuh orang-orang yang berada disitu.Lepas aku keluar dari situ habis satu badan aku mandi peluh.Kat KJH ni jugak aku ada jumpa beberapa perempuan dari negeri cik siti wan kembang yang boleh dikategorikan sebbagai GEDIK!mana tak nya dah la tak bertudung lepas tu nak bergambar lak ngan Botak (Pelakon dalam cerita Juvana) senang jerr nak potong barisan...huh,menyampah!sepatutnya jaga la imej negeri cik siti wan kembang ni....sebelum aku pulang aku beli sedikit barang aku beli 1 bag jacker,1bag wise dan satu bag London biscuit kesemuanya RM30.00.Hmm apa pun KJH ni best la jugak bukan senang nak jumpa artis kan.Selalunya tengok kat tv jerr...Aku pulang pada jam 4.30 ptg aku menunaikan solat zohor di surau yang disedikan kat stadium tue.Hmm aku berjalan ke stesen bas kembali dan bas untunk pulang kali ini dah tak ada ruang kosong dah setiap sudut yang kosong pasti diisi oleh manusia.Tapi nasib aku baik lagi kali ni aku disediakan tempat duduk oleh adik-adikku..hahaha...apa-apapun KJH kali ni memang besttttt walaupun terpakasa bersesak-sesak dengan orang ramai biasa la kan tempat-tempat macam ni memang ramai orang tambah-tambah hanya 2 hari je diadakan kalau tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai duduk la kat hutan,boleh la bersesak-sesak dengan monyet ke,ular ke,burung ke dan pelbagai jenis hidupan liar...huhuhuhuuh.....sekian sahaja untuk entri kali ini...Assalamualaikumm... :D