Pages

Sunday, November 20, 2011

Debat Piala Naib Canselor

Bismmilahirahmanirahim,Alhamdullilah ketemu lagi kita di entri kali ini.Pada entri kali ini aku ingin menceritakan tentang Debat Piala Naib Canselor yang diadakan pada 19/11/11 hingga 20/11/11.Orang lain tengah sibuk membualkan isu bola manakala aku yang tak berapa minat dengan bola ingin mencertitakan tentang Debat Piala Naib Canselor yang diadakan beberapa hari yang lalu sekitar perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tetapi walaupun tidak begitu minat bola aku ucapkan tahniah kepada harimau malaya kerana menang menentang indonesia.Usul yang disidangkan pada pusingan pertama adalah Kuasa Veto Perlu Dihapuskan Demi Palestin. 4Disidang ini kami berada di bilik sidang 4(kalau aku tidak silap) menemukan pasukan swing(senior-senior).Kitaorang lawan senior..mahu tak gugur jantung kita orang tetapi setelah juri mengumumkan siapakah pemenangnya kami agak terkejut kerana kami berjaya mengalahkan senior.Namun begitu kami tidak begitu selesa dengan kedudukan yang kami capai kerana banyak lagi persaingan yang hebat bakal kami tempuh.Setelah memenangi dipusingan pertama kami melangkah pula ke pusingan kedua yang berbicara mengenai sosial iaitu Pemansuhan PPSMI Satu Langkah ke Belakang.Disidang ini kami tewas dengan Pelajar Tanpa Asrama(PTA) selaku kerajaan disidang tersebut manakala kami merupakan wakil dari Kolej Kediaman Tu Syed Nasir(KKTSN) selaku pembangkang .Kami beralih pula kepada pusingan ketiga iaitu Bola Sepak Malaysia:Ibarat Mencurah Air ke Daun Keladi.Disini kami bertemu pasukan yang mewakili Kolej Kediaman Tun Fatimah(KKTF) dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismaik(KKTDI).Dipusingan ini kami selaku kerajaan manakala KKTF dan KKTDI pula selaku pembangkang.Kami memenangi pusingan ini dan layak untuk memasuki separuh akhir.Aku agak khuatir dsengan kemampuan aku apabila aku dapat tahu kami layak untuk memasuki separuh akhir.Usul yang dibahaskan pada separuh akhir ini ialah Pembinaan Negara Bangsa:1 Malaysia Jawapan Terbaik.Kami selaku barisan pembangkang sekali lagi bertemu dengan pihak lawan yakni kerajaan daripada PTA.Kami agak takut juga kerana telah tewas ditangan PTA pada pusingan kedua.Namun begitu kami teruskan perjuangan kami,Alhamdullilah usul telah ditolak dewan dan akhirnya kami berjaya sekali lagi untuk memasuki peringkat akhir.Agak berdebar sungguh jantung hati aku ketika itu,rakan-rakan sepasukan aku juga turut merasai debaran itu.Diperingka akhir kami deberikan usul AUKU DAN ISA:Kembar Tapi Tak Serupa.Kami selaku perwakilan pembangkang manakala PTA1 merupakan kerjaaan.Sekali lagi nasib menyebelahi kami,usul pada ketika itu ditolak dewan.Alhamdullilah KKTSN dinobatkan sebagai Johan,Aku cukup gembira dengan pencapaian itu,walaupun aku masih tergagap-gagap,terkapai-kapai.Ini permulaan yang Untuk Diriku :)

2 comments:

  1. congratz...penulisan yang menarik

    ReplyDelete
  2. A.amirul:thanks atas pujian...namun harap-harapnya akan lebih baik lagi lepas ni..disini dan didalam arena perdebatan :)

    ReplyDelete

Jemput komen =)...please leave a comment =)