:: Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.. :: Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita. ::Belajarlah redha apa yang kita ada.. :: Itulah yang terbaik buat kita.. :: Walaupun itu bukan yang kita suka.
Tuesday, November 1, 2011
Karnival Jom Heboh 2011
Assalam pembaca blog yang budiman....di entri kali ini aku hendak menceritakan tentang Karnival Jom Heboh 2011(KJH) yang diadakan di kelantan pada 28 dan 29 oktober baru-baru ini.Hmm ...aku pun tidak melepaskan peluang ini...haha,..ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di KJH yang diadakan di tempat kelahiranku,Negeri cik siti wan kembang...haha....hmm Aku pergi pada haru kedua KJH diadkan iaitu pada 29 oktober.Aku tidak pergi pada hari pertama kerana pada hari pertama tue hari jumaat...Lelaki kannn...hmm macam tak best la pulak duduk kejap pastu kena solat jumaat then pergi lagik.Jadi,sebab tue lah aku putuskan untuk pergi hari sabtu.Hah?!hari sabtu?!hmm didalam mindaku ini...pasti ramai yang akan bertandang ke sana.Namun bagi aku tak kisahlah asal aku dapat pergi.Hmm aku bertolak pada jam 9.30 pagi.Aku ingatkan aku nk pergi pada jam 8 pagi.Namun oleh kerana atukku kata waktu tue awal sangat jadi aku pun putuskanlah untuk pergi jam 9.30 pagi.Aku pergi bersama adik-adikku,kesemua ahli rombongan aku adalah 4 orang termasuk aku.Aku adalah yang paling tua diantara mereka.Kami pergi menaiki bas,bas city liner.Aku 4 tiket pergi balik dewasa kesemuanya berjumlah RM18.50 kalau aku tak silap seorang tiket pergi dan balik adalah berharga RM 4.50 errr aku tak ada kalkulator nak darab dengan 4 kamu-kamu semua tolong kira la erk?hehehe...Hmm betul jangkaan aku memang ramai sangat orang kat stesen bas tu,aku rasa majoritinya nak pergi ke KJH tue.Masa aku nak naik bas aku biarkan adik-adikku naik dulu,mana taknya aku tak reti nak bergelumang ngan manusia-manusia untuk naik bas tu..huhuhuu...Bagi aku lah orang Pasir Mas sungguh sopan naik bas,mana tak nya kan dipotong barisannya tu kira sopan la tue erk?ermm ada sorang mamak ni dia potong barisan aku dan bila aku naik bas aku tengok adi-adiku tu sediakan tempat duduk untuk aku manakala mamat yang potong aku tadi tue berdiri disitu walaupun dia naik awal daripada aku.PADAN MUKA!!HAHAHAHAHA betapa sukanya aku masa tu...Bas pun bergerak menuju ke kota bharu.Didalam bas tu memang sempit namun begitu ada lagi ruang-ruang kosong.Aku kira aku sampai ke destinasi jam 10.30 pagi.Aku turun distesen bas kota bharu dan aku berjalan menuju ke perkarangan stadium sultan mahmud ke IV.Wahhhh...agak hangat sambuttanya dengan gerai jualan yang bermula dari tempat pejalan kaki sehhinggalah ke pintu masuk KJH.Setelah aku masuk KJH aku ambil gambar kat banner KJH...haha,..tapi bukan gambar aku,adik-adik aku sahaja.Almaklum la aku yang pegang kamera..huhuhu....Khemah pertama aku menjejakkan kaki adalah khemah mytv3 disitu aku lihat ada pengacara Wanita Hari Ini yang sedang melakukan persiapan untuk berlintas langsung,namun begitu aku tidak tunggu disitu almaklum lah ramai manusia kat situ.Aku pun memutuskan untuk melihat disekitar-sekitar.Pada ketika itu jam menujukkan jam 12 t/hari betapa panasnya cuaca hari itu tambah-tambah dengan sesak orang ramai.Habis badan aku berpeluh macam dah mandi peluh.Aku singgah di khemah buletin utama kelihatan ada pembaca berita disitu...tapi tidak aku ingat nama beliau..huhuuhuhu..bermacam-macam khemah yang ada antaranya mytv3,gerai hotlink,inspirasi tv,gua tv,tonton.com.my,cerekarama,aksi,tv3kids,buletin utama,jacker,dutch lady,maggi,power root,super power,dan bermacam-macam lagi.Artis pun ramai juga yang datang antaranya pelakon-pelakon dalam cerita Cinta Elisya errr aku tak ingat la nama pelakon-pelakon tu..huhuhh...yang aku ingat Fasha Sandha...huhuhuu...aku dapat jumpa beliau di khemah cerekarama...Wow..bersesak2 orang namun dengan bantuan adikku yang chilik itu aku dapat mencelah masuk kedalam dan akhirnya berada didepan walaupun terpaksa merempuh orang-orang yang berada disitu.Lepas aku keluar dari situ habis satu badan aku mandi peluh.Kat KJH ni jugak aku ada jumpa beberapa perempuan dari negeri cik siti wan kembang yang boleh dikategorikan sebbagai GEDIK!mana tak nya dah la tak bertudung lepas tu nak bergambar lak ngan Botak (Pelakon dalam cerita Juvana) senang jerr nak potong barisan...huh,menyampah!sepatutnya jaga la imej negeri cik siti wan kembang ni....sebelum aku pulang aku beli sedikit barang aku beli 1 bag jacker,1bag wise dan satu bag London biscuit kesemuanya RM30.00.Hmm apa pun KJH ni best la jugak bukan senang nak jumpa artis kan.Selalunya tengok kat tv jerr...Aku pulang pada jam 4.30 ptg aku menunaikan solat zohor di surau yang disedikan kat stadium tue.Hmm aku berjalan ke stesen bas kembali dan bas untunk pulang kali ini dah tak ada ruang kosong dah setiap sudut yang kosong pasti diisi oleh manusia.Tapi nasib aku baik lagi kali ni aku disediakan tempat duduk oleh adik-adikku..hahaha...apa-apapun KJH kali ni memang besttttt walaupun terpakasa bersesak-sesak dengan orang ramai biasa la kan tempat-tempat macam ni memang ramai orang tambah-tambah hanya 2 hari je diadakan kalau tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai duduk la kat hutan,boleh la bersesak-sesak dengan monyet ke,ular ke,burung ke dan pelbagai jenis hidupan liar...huhuhuhuuh.....sekian sahaja untuk entri kali ini...Assalamualaikumm... :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Jemput komen =)...please leave a comment =)