Pages

Wednesday, November 9, 2011

Majlis Izin Ilmu SPM 2011

Bismillahhirahmanirahim,
Assalamualaikum....Berjumpa lagi kita dienrtri kali ini.Dientri kali ini aku ingin menceritakan tentang suasana Majlis Izin Ilmu SPM 2011 yang berlangsung pada pagi tadi bertempat disekolah lama aku yakni Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMKP).Majlis ini diadakan adalah untuk pelajar-pelajar yang bakal menghadapi SPM bagi memohon kebenaran dari guru-guru yang mendidik mereka dengan kata lain menghalalkan ilmu-ilmu yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar SPM (bagi aku la).Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Tuan Ahmad Ahnaf setersnya ucapan dari wakil pelajar SPM untuk meberikan ucapan iaitu Amrin Hidayat.Aku tak berapa nak dengar la ucapan Amrin,sebab itu la aku tidak mengulas apa yang Amrin  ucapkan...huhu...Seterusnya,majlis itu diteruskan lagi dengan ucapan dari Umi Soriana Yaakob.Dimana ucapannya menyentuh mengenai sikap pelajar dan sekali gus untuk merangsang pelajar supaya bersemangat untuk mengecapi kejaayaan.Ucapan cikgu Soriana Yaakob sangat menyayat hati pelajar-pelajar SPM SMKP.Pengetua memberikan sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar SPM supaya berjaya dalam SPM ini.Acara kemuncak majlis ini diserikan dengan acara bersalam-salaman dengan guru-guru supaya menghalalkan ilmu yang diberi.Dimana acara ini dapat menyentuh para pelajar dan disitu dapatlah aku saksikan air mata yang mengalir dipipi-pipi calon SPM...haha...teringat waktu aku menghadapi SPm pada tahun lepas aku juga pernah mengalami situasi seperti mereka.HaHahha....Tidak usahlah aku nak cerita panjang benda ni..huhuhu..Pelajar perempuan paling beremosi ketika ini...banyak air mata yang berguguran namun sebaliknya pelajar lelaki hanya memandang sinis agenda seperti ini namun tidak semua begitu ada juga yang kesal dengan perbuatan mereka tapi mereka tidak mampu untuk menyatakan mereka kesal dengan air mata.Memang payah untuk seorang lelaki menangis.Namun pandangan yang kesal itu tadi sudah mencukupi untuk menyatakan mereka memang kesal dengan perbuatan mereka .Ada juga yang macam menagmbil mudah majlis yang diadkan seperti ini.Aku tidak faham dan aku tidak mengerti kenapa lelaki payah menangis...adakah hati mereka kuat?ataupun mereka memang nak menangis tapi takut diketawakan?takut nanti ada suara-suara meyindir?kenapa mereka harus fikirkan orang lain sebelum mereka memikirkan diri mereka dahulu?tidakkah terdetik dihati mereka untuk mengambil kesempatan ini memohon maaf dengan guru-guru seandai ada terkasar bahasa tersilap bicara."hahaha....kau menagis??"lontaran dari seorang kawan....tidak kah kau bisa melawan kata-kata ini.Bagi aku lah kita menangis bukan kerana kita lemah..tetapi kita harus sedar bahawa terlalu banyak dosa dan noda yang telah kita lakukan...kamu mampu buktikan bahawa kamu tidak mempunyai sebarang silap yang di lakukan?secara langsung mahupun tidak langsung?kamu mampu?kalau aku ditempat kamu pasti aku tidak mampu membuktikkanya.Akhir kata dari aku aku ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011,bawalah pulang kejayaan yang dimpi oleh guru-guru mu,ayahmu,ibumu mahupun keluargamu....see u di ipt :) wish you all the best for the spm....






p/s:bagi melihat suasana majlis ini sila jadi rakan aku di facebook.bagi yang dah jadi rakan aku kome tak reti-reti ke nak bukak album tue?huhuhu

No comments:

Post a Comment

Jemput komen =)...please leave a comment =)