Asslamualaikum...apa khabar semuanya?diharapkan sempena hari raya haji ini semua dalam keadaan baik-baik belaka.Kepada ya ng aklan menjalani ibadah korban esok hari diucapkan selamat menjalani ibadah korban.Semoga ibadah yang dijalankan itu mendapat keredhoaan Allah s.w.t.Ha!di entri kali ini aku hendak menceritakan tentang penyakit disleksia ini.Timbul untuk membuat entri ini adalah baru sahaja aku layan hindustam tajuk aku tak ingat tapi tajuk kecil cerita itu adalah "every child is special".Di dalam cerita ini Ishaan merupakan watak utama dimana pada mulanya beliau sekolah disekolah biasa yang tidak menetapkan pelajarnya menduduki asrama.Sewaktu disekolah itu Ishaan selalu berangan-berangan tanpa menumpukan perhatian terhadap apa yang gurunya sedang mengajar.Ishaan juga seorang yang kuat berimiginasi dan beliau mempunyai bakat untuk melukis.Setelah kritikan daripada guru-guru kepada keluarganya,akhirnya bapanya membuat keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama.Pada hari pertama sekolah itu Ishaan agak kekok dengan suasana itu.Tidak seperti beliau berada dirumahnya.Dimana kalau dirumah Ishaan diasuh oleh ibunya.Tetapi beliau terpaksa menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa.Perwatakan Ishaan adalah beliau seorang yang pendiam dan tidak bergaul dengan orang sekeliling.Namun teman baik dikelasnya Rajan selalu menemaninya sewaktu ke kelas seni,sewaktu di dalam kelas.Ishaan didapati menghidap disleksia apabila guru baru seni itu melihat corak kesilapan yang dilakukan oleh Ishaan.Guru seninya membincang dengan pengetua tentang masalah yang dihadapi oleh Ishaan namun pengetua sekolah tersebut hendak menghantar Ishaan di sekolah pendidikan khas.Namun demikian,dibantah oleh guru seninya kerana Ishaan merupakan seorang pelajar pintar sebenarnya.Semangat kegighan,ketabahan dan kerjainan yang ada pada guru seninya membuatkan Ishaan berubah menjadi seperti kanak-kanak normal.Begitulah sinopsis cerita yang aku lihat tadi.Agak menyayat hati jugak.Berbalik kepada entri aku,apa maksud penyakit disleksia ini?pada asalnya Disleksia ini berasal daripada perkataan Yunani iatu dyn bermaksud susah dan lexia.Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan salah satu ganguan pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.Lazimmnya mereka yang mempunyai disleksia mempunyai masalah untuk mengeja,membaca,menulis dan mengira.Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang mempunyai masalah untuk membaca dan mengira walaupun daya pemikiran mereka adalah normal.Golongan ini bukakkan mereka yang menghadapi kecacatan.Sestengah daripada mereka mepunyai disleksia susah untuk menyebut perkataan yang panjang dan sukar untuk mempelajari sifir.Setiap orang yang menghidap disleksia tidak serupa dengan sesorang yang menghadapi dengan sesorang yang menhadapi masalah disleksia.Perkara ini adalah berbeza dengan orang yang menhadapi Afasia.Secara kesimpulannya disleksia bermakna kesukaran untuk berhubung dengan kata-kata tdan simbol-simbol tulisan.Kanak-kanak yang mempunyai disleksia bukan golongan yang bodoh.Daripada kajian-kajian yang didapati mereka tidak mempunyai masalah dari segi penglihatan mahupun pendengaran.Simtom-simptom kanak-kanak itu mempunyai disleksia ialah:
1.Boleh dikesan pada peringkat kanak-kanak
2.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk
3.Ketika membaca sering mengurang dan menambah sesuatu perkataan.
4.Sering keliru dengan sesuatu huruf tertenutu caontohnya 'd' dianggao 'b','p'dianggap 'q'
5.Perhatian mudah tergangu dan sukar untuk menghabiskan sesuatu kerja.
6.Cenderung menjadi impulsif tanpa memikirkan orang lain
7.Sering berlaku dikalangan lelaki
8.Kerap berlaku kepada kanak-kanak yang kembar,lahir tidak cukup bulan,anak yang lahir daripada pasangan yang berumur serta kanak-kanak yamg pernah mengalami kecederaan dikepala.
9.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingaa dewasa
No comments:
Post a Comment
Jemput komen =)...please leave a comment =)